22 Jul 2014

Konvensyen Pra U: USM PULAU PINANG-SMK SULTAN AHMAD

Assalamualaikum,

Post tertunda kali ni umi nak cerita pasal Konvensyen Pra-Universiti pulak.

(13 Mac 2014)

Sebenarnya, program ni adalah sebuah program wajib PPIK bagi setiap sidang. Sidang kali ni, kami bawa pelajar Pra U dari Terengganu pulak. Hehe.

Program ni diadakan selama 3 hari 2 malam. Jadi, banyakla kenangan yang umi dapat sepanjang program ni dijalankan. Umi dan 3 orang rakan seperjuangan diberi tugas untuk menjadi urusetia kebajikan dan keselamatan. It's quite challenging jugak la because start malam perasmian tu lagi dah ada yang demam. Mungkin penat kot dengan perjalanan yang jauh kan? Sekali dua orang tau demam? Haa. Lepastu, ada yang tak cukup bantal la sampai umi bagi bantal umi, ada yang sakit perut. Macam-macam la. 

Hari Pertama (13 Mac 2014)

Program bermula pada malam hari jumaat. Macam biasala, majlis perasmian program dulu Lepas tu baru la aktiviti-aktiviti yang dah kitorang rancangkan dijalankan. Semuanya berorientasikan taaruf.



Nak bahagikan kumpulan, kitorang da planned macam-macam. First, kitorang nak dorang pilih sendiri ahli kumpulan dorang. Dan kami, fasi-fasi hanya memerhati. Masa ni, kitorang nampak sangat dorang semua pilih berdasarkan kawan baik, kawan yang dorang senangi, ha. Lebih kurang la. Kecoh jugak masa tu. At last, dorang semua terkejut sebab pemilihan ahli kumpulan yang sebenar-benarnya adalah berdasarkan satu helaian kertas dekat dalam belon yang dorang tiup. Tadaaaa, bersatulah kalian dalam group tu. Lepas pembahagian kumpulan, semua bersurai sebab nak bagi dorang semua rehat. Esok pagi dorang nak kena bangun awal pulak untuk sebuh berjemaah.

So, ni antara fasilitator merangkap urusetia merangkap exco merangkap rakan seperjuagan dalam persatuan ni. Hehe.






Hari Kedua (14 Mac 2014)

Usai solat subuh berjemaah, adik-adik semua diberikan masa untuk bersiap sedia bagi aktiviti seterusnya.

Senamrobik, sarapan, dan seterusnya LDK.














Alkisahnya, game ni dorang semua kena kontrol pensil yang dah diikat dengan benang. Lepastu masukkan pensil tu dalam botol. Haaaa, kumpulan mana yang cepat masukkan pensil dalam botol, dia la pemenang.  Best gila tau game ni. Geram-excited-cuak semua ada sampai menjerit-jerit. Hahaha. Kumpulan yang kalah pula akan di denda. Macam dorang kat bawah ni, hehehe.


Selepas game tu, masa untuk mencabar minda pula dengan pidato. Seronok tengok dorang cuba untuk bercakap dalam bahasa baku yang kadang-kadang terkeluar bahasa dialek terengganu. Hahaha. Mula-mula tu memang krik-krik habisla. Naik atas pentas, bila suruh bercakap habis hilang semua idea-idea yang dorang da kumpulkan. Sampaikan fasi-fasi yang berpidato kat depan tu. Bila dorang da tengok macam mana kitorang fasi-fasi membahaskan segala hujah, baru la dorang boleh bercakap. Hihihi.


Agenda tengah hari pulak, adik-adik ni makan angin ambil suasana U. Nak naikkan semangat dorang kan. hehe. Jadi kami pun bawak laa pusing-pusing. Lepastu, pi muzium USM pulak. Ha. Dekat dalam tu ada macam-macam tau. Best sangat-sangat. Yang fasi-fasi ni pun belajar banyak benda dekat dalam tu. hee. Nak tau ada apa dekat dalam tu, haaa. Meh la datang sini sendiri. Tak rugi punyalah.






Yang paling best, tengok wayang kulit live. Hahahaha. Gelak mengekek umi tengok wayang kulit tanpa skrip dorang ni. Haha.

Pukui berapa tah baru balik bilik. Semua kemain berjalan tak ingat dunia.

Malam tu pulak agendanya diambil alih oleh Kampus Sejahtera. Kampus Sejahtera dah rancang beberapa slot untuk adik-adik ni. Yang pastinya bertemakan kelestarian. Haaa. Semua aktiviti malam tu menggunakan surat khabar, lidi sate, pita pelekat, tisu, lagi apa tah tak ingat dah.

Sebenarnya ada macam-macam game malam tu, tisu terbang laa, pastu ape tah lagi umi tak ingat. Yang umi ingat ni je. Lidi sate.

Haa, ni group umi.



Akhir aktiviti lidi sate ni, macam-macam rupa bentuk ada. Tak sangka pulak dorang kreatif sangat sampai ada yang buat macam bentuk rihal. Masa yang diperuntukkan 5 minit je. Memang thumbs up la dekat dorang.

Untuk hari seterusnya nanti umi sambung eh?

Bye.
17:03 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad