5 Jul 2014

Chillin' out with le friends.


Assalamualaikum,

Hari ni nak buat post tertunda lagi. Ahaaa, jangan terkejut ye? umi ada banyaaaak sangat kisah kisah yang umi nak ceritakan. Tapi, tertunda. 

Kali ni nak post pasal ronda-ronda penang pulak. Hehe.

(22 Februari 2014)

Alkisah bermula apabila kitorang pi sewa kereta. Actually, umi hanya membontoti mereka sahaja. hahaha. Pi ronda dua buah kereta masa tu. Destinasi pertama, Bukit Bendera. Korang jangan pelik la pulak ye kalau nanti yang akan datang ni korang akan nampak Bukit Bendera je dalam post umi. Hahahaha. Sesungguhnya, umi sangat sukakan panorama-panorama indah seperti pantai, pemandangan tempat tinggi. Barula menikmati keindahan yang diciptakan oleh Allah SWT. Haaaa.

Berbalik kepada kisah tadi, kitorang pi sana naik dua buah kereta kan. Acah-acah konvoi la kononnya ni. hihi. Sampai je kat sana, terus beli tiket. Masa tu ramai gilaa. Dengan abang-abang askar buat promotion-nya. (Mesti korang pelik kan macam mana umi bole ingat setiap perkara yang berlaku masa tu, padahal cerita ni da berzaman. Anugerah Allah, hehehehe). Tu belum kira dengan lawatan budak sekolah lagi. Foreigner pun boleh tahan jugakla masa tu.

Kami terus pi serbu entrance nak naik cable train tu. Beratur la panjang-panjang tu ha. Dah sampai atas, macam biasalah. Masa di si dengan bergambar. Hehehe.







Lepas Bukit Bendera, pergi art street pulak. Berbekalkan GPS fon umi, kitorang berjaya sesatkan diri dekat tengah tengah jalan sempit. Yeayyyy! -_- Tak membantu langsung tau tak. Akhirnya, kitorang tanya sendiri orang sekeliling dekat mana art street. Yang umi, zila dengan sha walaupun da pernah pergi haritu memang tak la nak ingat selok belok jalan nak pi sana. Tau naik bas, duduk, pokpek pokpek pokpek oke da sampai. Hahaha. Hari tu bila pi sendiri, ha rasakan.

Setelah penat berjalan kaki, akhirnyaaaa!



Da nak dekat petang tu kitorang pergi Batu Feringghi pulak. Konon nak tengok sunset la dekat tepi pantai tu. Haha. Sementara nak tunggu senja, kitorang pekena char kuey teow dulu. Besaaaar udang udang diaaa. Sedap pun sedap. Haa. Puas hati la senang cerita. 

Dah lepas tu, hujan tak silap. Terus tak jadi nak tengok sunset. Kitorang pegi tengok pasar malam dekat situ. Dekat sepanjang jalan tu, banyak sangat stall. Dorang jual beg, barang perhiasan rumah, baju, macam-macam la. Cantik-cantik. Harga dia pun affordable.

Tak teringat pun nak tangkap gambar masa tu. Dah rambang mata. Hehehe.

Habis satu round, kitorang pun berangkat pekena pasemboq pulak dekat padang kota. Masa ni yang paling umi terkejut sekali. Belum duduk lagi ni, baruuuu nak cari tempat duduk. Tudia penuh ni ha orang ngikut. Gara-gara nak promote makanan kedai dorang. Sorang demi sorang cakap kedai dorang ada apa. Naik pening, confuse semua ada la. Tak terkata. Tambah-tambah umi baru first time jejakkan kaki kat sana. Pengalaman sungguh.

Umi makan pasemboq, air kelapa dengan apa lagi tah tak ingat da. Mee tak silap. Mee apa taktau. Hahaha.


Haritu memang ladies day betul la. Dari pagi sampai ke malam berjalan memenuhkan tangki perut plus melonggarkan kepala lutut. Wuuuu. Thumbs up, umi.

Lepas ni tak boleh amalkan gaya hidup macam ni lagi dah. No no no. Tak elok untuk anak dara ye, umi?

Sekian.
16:44 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad