19 Feb 2014

Perang Hati

Assalamualaikum,

Kali ini, anggaplah ia sebagai bingkisan hati yang jujur lagi ikhlas. Dari lubuk hati aku sendiri. 

Anggaplah aku sedang bermonolog pada diriku sendiri.

Hari ni sudah masuk hari ketiga kuliah bagi semester baru. Segalanya mulai berubah. Corak dan gaya hidup aku mulai berubah. Ya, aku mulai sedar akan perubahan itu.

Jika dahulu, aku dianggap seorang anak kecil yang baru belajar bertatih tapi kini tidak lagi. Semua yang berada di sekelilingku menganggap bahawa aku ini orang dewasa yang sedang mencipta pengalaman baru dalam mengejar cita-cita yang selama ini aku impikan. Sungguh aku sedang merasakannya.

Tapi entah kenapa, hati ini mulai gusar. Seolah-olah tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri. Aku seperti ingin menyerah kalah.

"Umi, kau sedar tak apa yang sedang kau cakapkan ni?"
"Tak, betul. Aku rasa macam down."
"Umi baru hari ketiga umi. Umi Shahirah bukan macam ni"
"Entahlah"

Aku berperang dengan hati aku sendiri. 

"Ahh! Ikut hati mati!"

Umi, reset-kan hati dan minda. Ingat matlamat utama kau datang sini untuk apa. Kau bukan tak boleh. Ayuh, kalau semester lepas kau dapat Kelas Atas Kedua, kenapa kau tidak terus berusaha untuk dapatkan Kelas Atas Pertama yang menjadi kau idam-idamkan selama ini?

Masih awal umi. Jangan cepat berputus asa. Kau boleh. Aku tau kau boleh. Buktikan.

Biar apa orang nak kata tentang diri kau. Kau kenal kau siapa sebenarnya. Tidak ada masalah bukan?

Bangkit!

Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi tham-min bil hairi.
19:52 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad