15 Jun 2014

SEJAHTERA TRIP: Round Island.

Assalamualaikum,

Pejam celik, pejam celik dah nak habis satu semester dah umi kat sini. Alhamdulillah, banyak sangat dugaan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Sungguh, dugaan dan rintangan la cikgu terbaik dalam dunia ni. 

Dan nak dekat setahun, baru lah boleh meng-update segala peristiwa pahit dan manis di USM tercinta ni.

19 OKTOBER 2013, Umi join satu program di bawah kelolaan Kelab Sejahtera. Round Island namanya. Hehe. Round Island ni al-kisahnya macam bawak ronda Penang laa. haa.

So, hari tu kami pergi Gua Kek Lok Si Temple. Naik tangga yang banyaaak sangat sangat. Di sepanjang perjalanan tu ada banyak deretan kedai-kedai cenderhati. So, ada la jugak yang berhenti membeli kan. 





Sesampai je tingkat atas, ada banyaaaaaak sangat kura-kura. Dari yang sekecil kecilnya, sampai la yang besar. Besar gila. Taktau la berapa dah umur kura-kura tu. Kura-kura tu korang boleh bagi dia makan tau? Sebab akan ada uncle yang menjaga tempat tu. Dia jual sayur untuk dijadikan makanan buat kura-kura tu. 

Jom kita tengok lagi.








Haaa, nanti kalau korang datang sini boleh la tengok struktur bangunan dia. Cantik- cantik tau. Halus je seni bina dia. Ramai jugak pelancong yang datang sini sebab nak tengok senibina Gua Kek Lok Si Temple yang dah jadi salah satu tempat pelancongan di Pulau Pinang ni.

Lepas tu, kami pergi ke Bukit Bendera ni. Jarak antara Gua Kek Lok Si Temple ni dengan Bukit Bendera tak jauh mana pun. Sebelah je. Dari Gua Kek Lok Si Temple ni korang da boleh nampak dah Bukit Bendera. 

Masa kami sampai dekat Bukit Bendera ni, cuaca dia agak berkabus sikit. Hujan kan. 





\





Next venue pulak kami pergi ke Street Art Penang. Street Art Penang ni adalah sebuah tempat yang mempunyai banyak lukisan di dinding-dinding bangunan bersejarah di tengah bandar Pulau Pinang. Lukisan-lukisan yang mempunyai maksud yang tersendiri telah menarik perhatian para pelancong termasuklah pelajar USM sendiri (kami la tu. hehehe)

Jom kita tengok gambar.








Banyak lagi tau sebenarnya lukisan-lukisan lain yang cantik cantik. Kena pandai cari. Antara jumpa dengan tak jumpa je. Kami ni pun dah tersesat banyak kali dah. Nasib baik ada abang polis tu tolong bagitau arah. Sadis betul.

Lepas tangkap gambar, kami pergi Masjid Kapitan Keling untuk menunaikan solat zohor. Erm, dah kenapa umi berbahasa baku bercampur bahasa pasar ya? Tak kisah la. Masjid Kapitan ni banyak sejarahnya. Senibinanya yang sangat unik menambat hati kami. Dengan keluasan yang besar, sangat menenangkan hati.

Dari Masjid Kapitan Keling, kami meneruskan lagi perjalanan ke Taman Negara Pulau Pinang. Dekat sini, korang boleh naik tau van ni. Tapi ada cas la sikit. Pemandu pelancong ni akan bawak korang pusing-pusing satu taman. Ada kera, pokok bunga orkid, macam-macam la. 

Pasangan pengantin pun ada tau? Outdoor Photoshoot la katakan. Ha.


Part kami ber-outdoor photoshoot pun ada jugak ni. Tapi sayang, aktiviti kami terpaksa dihentikan selepas setengah jam kami di sana akibat hujan lebat. :( Sila sila.







Pukul 6 tak silap kami bertolak balik ke bumi Minden tercinta. Banyak pengalaman manis walaupun pada hari umi join program ni, ada satu lagi program yang terpaksa umi tinggalkan. Iaitu Majlis Anugerah Kualiti Sekolah 2013. Kalau korang nak tau kisahnya, korang boleh baca dekat sini :)

Nanti umi sambung cerita lain pulak eh?
00:41 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad