14 Feb 2014

Kawan Baru.

Assalamualaikum,

Kawan baru. Betul, since dekat tempat baru ni. Umi jumpa ramaaai kawan baru. Boleh di katakan setiap negeri di Malaysia ada dekat USM ni. Tapi, cerita yang umi nak cerita ni bukan tentang setiap kawan baru tu. Umi nak spesifikkan kawan baru umi ni.

Kawan baru yang umi kenal ni berasal dari Sepang. Detik- detik perkenalan kami sangat simple.

Facebook.

Facebook menemukan kami, menitipkan jalinan ukhuwah antara kami dengan adanya group Bakal Mahasiswa Universiti Sains Malaysia 2013/2014.

Dari situ, masing-masing mempromosikan diri, bertanya "Siapa kat sini dapat dekat Minden?" "Siapa dekat sini itu dan ini". Seronok bila ada orang respon apa yang kita post. Sama jugakla dengan kami. "Siapa dekat sini yang dapat Sastera Tulen?". Tak lama lepas tu, dia respon. Dia yang dimaksudkan adalah Miera. Salam perkenalan dihulurkan dan kami terus rancak berbual. Kami bertukar nombor telefon.

Sampai suatu ketika, masa untuk mendaftarkan diri di Universiti Sains Malaysia pun kami masih lagi berhubung walaupun tidak pernah bersua muka.

Dia selalu memanggil aku dengan nama umi yang manis.

Semasa hari orientasi berlangsung, aku tercari-cari raut wajahnya. Mana lah tahu kan? Tapi apakan daya, dalam ribuan orang. Macam mana umi nak cam? Pasrah.

Sebulan, dua bulan, tiga bulan berlalu. Sunyi sepi. Hanya Facebook yang menjadi pembuka bicara.

Suatu hari, aku menguak pintu surau. Aku ternampak seseorang. Tapi aku tak yakin. Aku melangkah masuk. "Macam miera. Tapi yeke? Takpe, tunggu la dia tegur. Takut salah orang" bisikku di dalam hati.

"Eh umi kann, ingat tak ni sape?"
"Miera kann? Jumpa jugak kann?"
Pum pam pum pam bersembang.

Sungguh, bagaikan bermimpi di siang hari.

Semasa cuti semester 1, dua minggu yang lepas. Dia menelefonku.

"Umi, miera ada benda nak bagitau umi ni"
"Apa? Miera jangan cakap pasal tarikh result eh?"
"Tak, ni bukan pasal result. Sebenarnya Miera nak berhenti USM"
"Ha? Kenapa? Alaa"
Pum pam pum bersembang lagi.

Hati ni bagaikan dibelah dua. Macam orang putus cinta tu. Sadis sungguh.

Kita baru nak berkenalan. Baru nak chill sama-sama. 

Tapi?

Takpela, redha.

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan kan Miera?

Miera, kalau miera baca ni..

Umi nak Miera tau, Miera seorang yang sangat peramah. Seronok bersembang dengan Miera. Seronok berkawan dengan Miera.

Nanti, kalau dah belajar dekat UITM tu jangan lupa balik Ipoh. Boleh la kita meet up somewhere. Hang sama sama oke?

I'm gonna miss you Miera comel.

Like seriously.

Umi taktau kenapa. Walaupun kita baru jumpa sekali, tapi talian persahabatan tu buat umi rasa sedih. Jaga diri ya?

XOXO.


Gambar ni akan menjadi sebuah kenangan yang abadi. Semoga ukhuwah yang sedia ada akan sentiasa tejalin sehingga ke syurga, in sha Allah.

22:19 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad