6 Sept 2013

New :)

Assalamualaikum,

Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan tau bila aku dah jejakkan kaki dekat USM. Perasaan aku bercampur baur. Siapa sangka impian aku untuk jejakkan kaki ke universiti akhirnya tercapai. Kini, aku bergelar mahasiswa Universiti Apex. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan insyaAllah, aku akan buktikan yang aku boleh berjaya dan aku dapat banggakan mak ayah aku. insyaAllah.

Aku ingat lagi ahad lepas, semasa aku baru menjejakkan kaki dekat sini air mata aku menitis kegembiraan. Tak sangka, sungguh. Alhamdulillah. Kenapa aku menangis? Aku menangis sebab aku tengok mak ayah aku happy bila excited tengok environment dalam kampus tu. Aku happy bila tengok adik beradik aku happy. Aku happy tengok semua sanggup hantar aku. Aku happy sebab aku dapat tunaikan salah satu impian mak ayah aku. Alhamdulillah. Aku menangis gembira tau. Syukur sangat sangat.

Erm. Dah dah. Jangan sedih sedih umi. COOL.

Nak tau siapa roomate aku? hee. Dia orang ganu tau. Comel cun habis. She's my twin. Di mana ada dia, di situ ada aku. Di mana ada aku, di situ lah ada dia. Haha. Chillax je kitorang.

Jiran aku pulak oghe kelate. Dapat bayangkan tak aku dikelilingi dengan orang pantai timur? Loghat depa kemain lagi tau dak? Sampai aku sendiri pun da terikut terikut telo dorang tu sekarang. Hikhik. Misi dorang untuk biasakan aku dengan loghat orang pantai timur berjaya.

Sebenarnya, aku ada baaaaaanyak cerita tau. Tapi aku taktau dari mana nak mula. haha. Nantila aku cerita lagi. Cerita kehidupan baru aku. Hee.

Bye.

19:30 / by / 2 Comments

2 comments:

mybabe said...

Congrats my dear.... Wish u all the best... Gunakan peluang yg ada sepenuhnya....

umishahirah's said...

insyaAllah, terima kasih bik sidah. along buat yang terbaik. hee :)

Post Top Ad