2 Aug 2013

Ini Cerita Tragis Aku

Assalamualaikum,

Cerita ni memang tragis weyh. Tragis sangat sangat. Tak ramai yang tau tentang cerita ni tau. Kali ni aku cerita ekslusif dekat korang. Haha.

Ceritanya bermula macam ni,

Dulu, masa aku darjah enam aku pernah masuk wad. Sebab apa? Sebab dulu aku dijangkiti kuman di buah pinggang. Tragis oke keadaan aku masa tu. Mengikut kata mak ayah aku, muka aku bengkak macam orang sakit beguk tu. Chubby gila muka aku. Lepas tu, nampak lemah semacam je. Bila jumpa doktor buat urine test dengan blood test, aku terus kena tahan wad. Doktor cakap ada darah dalam air kencing aku tu. Erm. Oke sedih. Wad 6C katil 26. Tulah katil aku dulu. Minum air kena sukat, buang air kena sukat, kena masukkan dalam tabung tu. Yang paling sedih sekali aku kena tahan sampai empat hari. Dari hari selasa sampai hari jumaat. Itupun sebab mintak excuse nak UPSR. Kalau bukan sebab UPSR, dapat bayangkan tak berapa lama lagi aku kena duduk dalam wad kanak-kanak tu? Lepas keluar wad, aku kena buat follow up pulak. Cek tekanan darah sebab doktor kata aku ada high blood pressure haha, lepastu pegi klinik pediatrik cek segala. Dugaan sebelum exam.

Itu baru satu, yang kedua pulak masa aku form 1 dekat SARJANA. Aku keluar masuk klinik masa duduk kat hostel dulu. Sampai nak penuh la kaad sakit tu. Aku pindah MGS IPOH lain pulak ceritanya. Dekat leher aku ni macam ada ketulan kecil tau. Jumpa doktor, doktor kata tu bukan thyroid. Bila aku demam, benda tu timbul, bila aku tak demam dia ada tapi tak timbul sangat. So doktor pun buat la appointment untuk aku. Nak diringkaskan cerita, dalam appointment tu aku kena amek sel dekat leher, pastu kena makan ubat. Lepastu, nak dijadikan cerita, seminggu selepas aku sekolah kat situ, masa tu kelas KHB. Cikgu tengah mengajar ni, yang aku pulak boleh potong line cikgu. "Cikgu saya nak ke tandas" "Kamu kenapa? kenapa pucat ni?" "Saya nak muntah" Pusing belakang terus ada orang papah depan pintu. Jalan jalan jalan, aku macam nak pitam. Sampai depan office, orang kipas kipaskan aku. PK HEM terus bawak aku pergi hospital bahagian kecemasan. Naik kerusi roda baii. Lepastu tau tau je aku ada dalam wad sementara kena masuk air. Aku ingat lagi masa doktor tu nak cucuk jarum, darah tu terpancut. Erm, aku nampak. Tapi aku tak berdaya. Haha. Aku duduk jela situ sampai la pukul 12 malam bertemankan wayar air. Semuanya terjadi disebabkan ubat yang aku makan tu terlalu kuat buat aku. Badan aku tak bole nak tanggung dos ubat tu. Bak kata ayah la. Tu belum cerita doktor suspek aku kena tibi pulak. Haha. Dengan cucuk kat lapisan kulitnya, kena tunggu tiga hari baru bole sahkan aku ada ke tak tibi. Nasib baik la tak ada. Wuuu :(

Oke seterusnya ya? Haha. Dah macam karangan kan kan?

Masa aku dekat Teknik pulak aku ni pantang sikit dapat berlari. Tambah tambah yang long distance. Tapi aku tak bergiat aktif masa form 4. Bila dah jadi senior barulah tunjukkan belang. Cewah. So masa merentas desa tu aku ter-aktif lebih sikit kot kan sampai ter-injured. Ya Allah sakit gila. Seminggu lepas merentas desa pulak sukan. Dah kena take part dalam acara lari untuk rumah kuning. Dan yang pastinya memang aku jatuh la. Orang terus papah spray spray bagai. Tak bole jalan, tak bole bengkokkan kaki, duduk pun melunjur je kaki. Sedih. Nasib baik ada dormate, ada bestie yang selalu jaga aku. Hee thanks a lot guys. Cek cek kaki , aku ada masalah dengan muscle. Erm. Kesian kaki aku. Lepastu aku terus trauma nak lari beriya-iya.

Yang keempat pulak, ni cerita yang baru terjadi dekat aku tahun lepas. Hehe. Dalam kesibukan aku nak buat preparation untuk STPM, kelopak mata aku ni boleh pulak laa kena chlazion. Nak tau lebih pasal aku masa ni baca yang ni. Mula mula kecik pastu besar sampai sepet lah mata aku ni ha. Pergi klinik dia terus buat surat pergi hospital. Makanya, aku pun kenalah jumpa doktor. Bincang punya bincang, dia kata try urut urut dulu, letak ubat. Kalau tak elok jugak kena buat minor surgery. Duh. Sedih oke terpaksa skip kelas apa semua. Dugaan aku nak exam kan. Takpela, aku redha je. Perjuangan tetap diteruskan. Aku mintak postpone surgery aku dan doktor faham. And guess what? aku tak pergi pun buat minor surgery tu sbb 'lupa'. hihi. Dan alhamdulillah, chlazion bukan penghalang buat aku :) SYUKUR.

Aku memang takkan lupa semua yang terjadi. Duduk wad, makan sup ayam takde rasa, nampak darah terpancut, makan roti bujang cicah air milo, pelawat pelawat. Ermm semua lah.

Dan disebabkan semua ni la aku selalu kena marah dengan faiq sebab dia kata aku tak jaga kesihatan diri aku. (Kenapa perlu kaitkan faiq dalam cerita aku eh?) 

Konklusinya, an apple a day keeps the doctor away. haha. Jagalah kesihatan sebaiknya. Dan yang penting sekali kita kena ingat, Allah akan turunkan bermacam-macam dugaan buat hamba-Nya sebelum Dia turunkan kejayaan dan kesenangan. Jadi, jangan mudah berputus asa.

p/s: masuk hari ni je dah dua balang kuih raya aku bedal. Hahaha.

Thanks for reading.
Bye.
20:09 / by / 2 Comments

2 comments:

Leina said...

jaga kesihatan baik baik tau kak umi~ :)

umishahirah. said...

Hahaha. InsyaAllah, i will yana :)

Post Top Ad