7 Sep 2012

I have a chlazion :(


Assalamualaikum.

Sorry for not updating my blog.

Pejam celik, pejam celik trial STPM dah habis seminggu. Malas la kan nak cerita kisah sedih bila duduk buat   exam tu. Bak kata orang putih, " let bygone be bygone ". Kalau teruk, usaha kena banyak lagi kan? :)

Dan hampir seminggu jugak la mata ni bermasalah. Bila fikir positif, ketumbit kot. Tapi bila rasa lain macam je, umi pergi klinik dengan mak. Tunggu punya tunggu, turn umi. Lapar, ngantuk semua ada tahu? *mula la tu, mula la tu. Nak taip lebih lebih pulak. 

Tingg tongg. Nombor 24.
Tok tokk.
Umi: Assalamualaikum. Senyum senyum kat doktor hihihi
Doktor : Haaa umi, umi kenapa? senyum balik.
Umi     : Ni haaa, mata umii. Taktau kenapa.

Doktor cek cek.
Doktor: Selalu jadi ehh?
Umi: A'ahh, dulu kan dia kecik je. Pastu dia hilang. Sekarang dia besar dah.
Doktor: Ni kena operate ni umi.

Terdiam.
Umi: Kalau makan ubat, dia surut.. kena jugak ke?
Doktor: Kena jugak. Kalau tak nanti dia berulang- ulang jadinya.
Umi: Ouhhh.
Doktor: Takpe. Doktor bagi antibiotik dulu, nanti lepas exam datang balik. Doktor bagi surat rujukan ke  hospital eh. 

Dipendekkan cerita, umi kena chlazion. Bukan ketumbit tau. Chlazion ni ketumbuhan yang tumbuh jauh daripada kelopak mata. Bila dia membesar, tak rasa apa apa pun cuma macam tak selesa sikit. Mata umi malam tadi sakit sikit.

Gambar sebenar. Sesepet ini lah mata umi malam tadi.

So tadi umi ada la buat research sikit kan pasal chlazion ni. 

Punca chlazion ni adalah disebabkan oleh saluran air mata yang tersumbat disebabkan pengumpulan minyak. Minyak tu sebenarnya antara kandungan pelincir untuk air mata. Bila dah tersumbat, tu yang tak boleh nak dirembeskan dengan sempurna. 

Cara nak hilang chlazion ni lebih kurang jugak dengan ketumbit. Tapi bagi umi, lebih baik jumpa doktor. Kalau tak nanti kan chlazion tu membesar dan tekan kornea mata. Kan susah nak tengok lagi dah. Nanti doktor tu bagi ubat dan kalau perlu la kan, kalau perlu buat minor surgery. hehe

Dah habisss.

Kesudahannya, umi kena tunggu lepas exam ni. Buat surgery. 

Enough said.

p/s: Ketumbit dan chlazion tak menyebabkan buta tau ;) Tak sabar nak pergi dinner malam ni. wee
15:54 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad