16 Aug 2012

Orang berbudi, kita berbahasa.

Assalamualaikum.

Wahaaaai anak-anak sekalian, tahukah andaa?

Hihihi. Sebenarnya nak bertanya, bukan memberitahu sesuatu. hikhik. Bikin gempak je. -.-'

Sebenarnyaa (sebenarnya lagi --") , persoalan ni dah lama dah bermain di minda umi. Lamaaa sangat. Ha. Oke oke. Sebelum umi bagitau apa kemusykilannya, biar umi cerita serba sedikit. Nanti korang faham la. hehe.

Macam ni, umi dah terbiasa tau dengan satu habit ni. And everyone done this. Umi dah terbiasa bila bercakap dengan orang, umi akan gelar seseorang tu. Macam Minah ke Joyah ke kan. Haha tak tak. Bukan bukan, umi akan gelar seseorang tu dengan gelaran macam kakak, makcik, pakcik, etc. Ha macam tu. Sesuai dengan umur la kan walaupun berbeza setahun. Hihi. Polite kan? (perasan)

Tapi, oke ada tapi tau. Umi ada masalah dengan gelaran 'abang'. Seriously. Oleh kerana umi tak pernah ada abang, so gelaran tu agak pelik sikit bagi umi. hehe. Bila bercakap ke apa ke kan, memang tak la. Umi akan panggil dorang dengan nama. Hahaha. Sebenarnya geli nak panggil dorang tu abang. hahaha. 

Panggil "weyh, weyh" je. haha. Apa? Oke laa daripada panggil "ooi oii" kan kan?

Berbalik pada persoalan. Pelik sangat ke gelaran tu? Especially lelaki. Perempuan pun ada jugak. Umi tau bukan semua yang pelik, tapi ada segelintir yang macam tu. Pelik ke?

"umi, kau panggil dia apa umi? kakak?? euuuuuww" takpun respon yang macam ni "budak junior panggil kau apa? kak umi? eeee" sambil buat muka geli nak termuntah sebaldi. 

Ehem ehem. Betul lah kan umi buat. Budi bahasa kan penting kann. Suka ke orang cakap kita kurang ajar. Err. Nauzubillah min zalik. 

Orang Berbudi, Kita Berbahasa. Budi bahasa kan budaya kita.

Kan?
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir sahaja. hehe. Umi minta maaf seandainya umi terkasar ke, apa-apa jelah ye? Hati-hati di jalan raya. :) 
09:48 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad