4 Jul 2012

Malam Nifsu Syaaban


Sedar tak kalian maghrib nanti dah masuk 15 syaaban? :) hihihi pejam celik pejam celik dahh masuk pertengahan bulan syaaban. 

Bulan syaaban adalah bulan kedua selepas rejab tau. Bulan rejab adalah bulan di mana umat Islam memohon keampunan, manakala bulan syaaban pula adalah bulan yang penuh keberkatan bagi membaiki diri sebelum tibanya bulan ramadhan tau. haa. 

Dalam bulan syaaban, pada pertengahan bulannya adalah malam nifsu syaaban. Bermula dari maghrib (14 syaaban pada siangnya). Faham tak? Sebermulanya maghrib pada hari itu, maka bermulalah malam nifsu syaaban. Banyak hikmahnya tau malam ni. Kita digalakkan untuk baca yassin selepas solat maghrib atau isyak, berzikir, buat solat-solat sunat pada tengah malam.. baca al-quran.. dan yang paling best, berpuasa pada 15 syaaban. 

p/s: InsyaAllah, aku akan berpuasa esok. Jom baca yassin :)


18:37 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad