5 Jul 2012

you complete me :)



Aku taknak cerita apa ada dengan "haha da da jgn gelak da." serious aku taknak sentuh langsung kisah tu dalam blog aku. Biar aku dan dia saja yang tahu. Kami sahaja. Baiklah, serious. Ehem ehem..

Ya Allah, kau peliharalah hubungan kami. Peliharalah hubungan kami agar kami dapat menjadi yang halal di sisi-Mu suatu hari nanti. Aku ingin menjadi sebahagian daripada hidupnya. Kau makbulkanlah doa hambamu ini. 
Amin.

Alangkah seronoknya kalau dia ada di sisi aku sekarang ni. Betul, aku betul betul nak. Aku pernah nyatakan hasrat aku ni dekat dia. Tau tak apa respon dia? Satu hari nanti la syg.. Sungguhh. Hati kecil aku meng-Amin kan kata-katanya itu. Dia satu-satunya yang telah berjaya menambat hati aku. Dia satu-satunya yang telah berjaya mengikat aku dan hati aku sekaligus. Hanya dia. Muhammad Faiq bin Che Om. Eh kenapa bergenang air mata aku ni? Janganlah. Aku tidak mahu menangis. Wahai pemilik hati, janganlah risau. Hati ini bukan sayu. Hati ini bukan menangis dek terluka, terguris dan sebagainya. Tapi, hati ini gembira dan bahagia di bawah jagaanmu. Tidak ada ungkapan lain selain terima kasih kerana telah menjaga hati aku ini dengan baik sekali. Wahai pemilik hati, hanya kau seorang sahaja yang bertakhta di hati aku ini. Hanya kau. You complete me. Semakin hari, rasa sayang aku, rasa cinta aku, rasa rindu aku seolah-olah semakin menebal  dan menebal setebal sebuah kamus dewan. Tidak. Ia lebih daripada sebuah kamus. Ia tidak terkira. INFINITY. Aku ingin menjadi yang halal buatmu suatu hari nanti, wahai kekasih. Aku betul- betul maksudkannya. Amin.

Aku tidak perlu terbang ke bumi Korea Selatan semata-mata untuk mengunci padlock cinta aku di sana. Bagi aku, cukup di sini. Di dalam hati. Telah aku manggakan hati aku ini buatmu seorang dan aku telah buangkan kuncinya. Nun jauh di sana. Aku sisipkan doa-doa buat cinta kita pada setiap hari. Sesungguhnya aku betul-betul serius dengan hubungan kita ini. Kini, kau telah mengikat aku. Kau ikat aku dengan ikatan khitbah. Aku kini digelar tunangan orang. Tunangan kepada kamu, wahai pemilik hati. Betapa berbunganya hati aku di saat ini. Aku bahagia. 

Aku ingin memilikimu. Buat selama-lamanya, sayang.



p/s: nak tisu sekotakk! rasa sedih gembira la pulak bila menaip sambil diiringi lagu-lagu scan pemberian kekasih hati ni. 

iloveyou <3.

21:01 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad