12 Jul 2012

Aku dan renang :).



Dulu kan aku selalu main sep sep sep. Ala yang sep sep sep tom tom tom tuu. Tahu tak pada ketika itu, aku sangat berkuasa Aku rasa macam happy gila tak terkata bila main benda alah tu? Happy face je memanjang. Sekarang kan, adik aku pulak mengambil alih tempat aku. Sekarang dia main macam ni, sep sep sep tom tom bak. haha Korang betulkan macam mana sekali pun nanti dia akan main sep sep sep tom tom bak jugak. Apa kejadah entah. Dia fan no 1 pak nil kalau nak tahu. Pantang nampak Macam-macam Aznil, Tom Tom Bak melekatlah dia kat tv tu. Ha yang terbaru ni filem Hoore Hoore tu. Beratus kali dah dia tengok cerita tu aku rasa. Siap join menyanyi plus menari lagi. Muka aku je paknil, muka aku jee "alongg nak paknil" -..- Sebagai seorang kakak yang baik, prihatin lagi penyayang.. Aku turutkan saje. Eh tolong jangan muntah kat sini. Panjang lagi ni cerita aku. Tahan dulu. Tahan dulu.

Aznil Hj. Nawawi [ihsan google] :)

Sekarang aku dapat title baru tau. Foine. Dah lama dah aku pegang title ni. Hampir setahun jugaklah. Pada mulanya aku dah lupa dah dengan gelaran besar aku ni, tapi bila aku dapat tugasan yang hampir sama dengan gelaran aku ni. Aku teringat balik. Sebenarnya, orang lain yang ingatkan haha. Agak-agak orang yang baca ni faham tak apa yang aku cuba sampaikan? Siapa yang teringat dan siapa yang mengingatkan? Hihihi.

Aku juara renang. Betul. Aku juara renang. Bukan nak buat cerita lah kan, tapi aku juara renang atas padang. Kau ada? Takde kan. HAHA. Pengiktirafan yang disaksikan oleh Pengetua dan habuan yang aku terima adalah kecederaan kaki. Tahniah umi. Kau berjaya memalukan diri sendiri. Orang ber-fitness test, kau berenang dalam lumpur dan disaksikan oleh pengetua pulak tu. Aku ulang, pengetua. Balik rumah, aku dimarahi oleh faiq. Memang padan muka lah pun. Dia dah cakap jangan lari lagi dah, degil lagi. Kan susah. Nak drive pun susah. Serves you right, umi. Tu cerita bulan bulan bulan bulaaan yang lepas. Kawan kawan aku semuuua taktahu yang aku menghadapi masalah tu. Lebih baik taktahu daripada tahu, kena drop. Lagi sakit hati. 

Selepas kejadian tu, aku dah malas nak berlari secara serious. Joging apatah lagi. Memang tak lah. Aku kena dengar cakap. Aku kena dengar. Nanti kena marah lagi. Aku tak nak. Ha.

Oh ya, tadi aku ada cakap kan aku diberi tugasan yang hampir sama dengan gelaran aku tu kan? Kali ni, assignment aku berkisar tentang amalan pemakanan yang diamalkan oleh atlet renang sebelum, semasa dan selepas pertandingan untuk subjek Sains Sukan. Hehehe. 

Kolam Renang DBI [ihsan google jugak]

Memandangkan aku pernah berenang dekat kolam renang DBI dulu, ada lah jugak pengalaman pengalaman makan aku kan. Haha. Seronok terjun papan tu weyh. Tak percaya cubalah. Dari first stage sampai yang terakhir tu. Rindunyaaa. :) Nasib baiklah ada kelas renang masa tu, kalau tak mesti sampai ke hari ni aku tak merasa lompat papan anjal tu. Berenang pun aku taktau rasanya. Heee~.

psstt~ orang tu orang tuu. iloveyou ;)
21:47 / by / 3 Comments

3 comments:

eyjalukman said...

bestnye jd atlet . hehe berenang tak reti smpi skrg . acaner?

umishahirah's said...

haha atlet la sgt kaann. jom kita gi berenang :) pakai kick board dulu la cmtu. haha ehehehe

ejulz said...

waaaa.. best, tp x reti brenang.. hehe



Hadiah menarik;
TEMPAT PERTAMA : Barang Sophie Paris bernilai RM50 dan ke bawah.

TEMPAT KEDUA : Barang Sophie Paris bernilai RM 25 dan ke bawah.

TEMPAT KETIGA : Barang Sophie Paris bernilai RM15 dan ke bawah.


Kalau sudi join segmen pertama ejulz k..
http://kampung-kameq.blogspot.com/2012/07/segmen-menangi-hadiah-sophie-paris.html

Post Top Ad