16 Jul 2012

2 Days and 1 Night Vacation :)


Assalamualaikum :) yoo wassup?

Semalam aku dan keluarga aku pergi bercuti tau. Hee. Rasa-rasa ke mana ya agaknyaa? Paris? NZ? Singapore? TEEETT! salahh. Kampung. HAHA. Aku gelar cuti aku kali ni vacation. Sebab ape? Eh suka hati aku laah. 

Semalam err sabtu lah kiranya kan kan haa kami bertolak ke kampung di Selangor tu :) Lama dah tak balik kampung. Last balik, bulan lepas. Sesampaaainya kami di kampung, whoaaah ramainya oraang. Padahal, ahli keluarga dan jiran tetangga je. Sukaa buat kecoh tau umi ni. -.-' foine foine. Nak dijadikan cerita, petang tu ada gejobos. Baiklah, menurut orang jawa rewang tu adalah gejobos, manakala menurut orang melayu pula rewang tu adalah acara potong-potong bawang tu. Acara eh? hihi.


hikhikhik. sengal sengal badan duduk dalam kereta

Malam tuuu, kenduri. hehe. Kenduri arwah :) Alhamdulillah, dah selesai. Selepas kenduri, basuh pinggan mangkuk. Haaa part ni yang best. Aku orang yang paling busy dalam rumah tu. Haha. Aku suka aku sukaa. Aku tolong angkat pinggan mangkuk yang dah dibasuh. hehehe. Aku capaikan pinggan mangkuk kotor, aku tengokkan makcik makcik aku basuh. haha "Toloonng tolooonngg". Ni aku suka. Jangan tiru aksi ini. Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. hihi.

Masuk hari kedua bersamaan dengan semalam, selepas sarapan pagi.. Semua orang hilang. Semua tukar baju. Aku je tak. Hihi. Aku, macam ni lah. Aku ditugaskan untuk menjaga kanak-kanak riang di rumah. Err tak jaga pun, tengokkan aje. 


Taraaa~ Aktiviti pada hari ni adalah mandi lumpur. Ini lumpur bersih ya kaliannn. Ahaa. Maka bermula lah aktiviti sara diri yang dikelolakan oleh paman adi. Kita guna cara tradisional ya anak-anak. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. 
Cari haiwan tersembunyi. Ikan haruan :)
Tengahari, aktiviti pun tamaaaaat. Yeaayyy banyak juga la ikan haruan yang kiteorang dapat. Tak, maksud aku dorang. Ha. Oke, selepas tuuu..


Kek memeriahkan suasanaa. Ada angry birds kat situ. Budak budak ni tak layan aku pun weyh. Hukk. Sini laaa, sini laa :(

Then, habis dah story aku. Petang tu, semua pakat packing barang nak balik rumah masing-masing. Packing je tau. Balik malam. Sg.Besar, Kuala Selangor, Klang, dan Ipoh. Wee~  

p/s: congrats to all those who have been offered for bachelor programme :) Wish me luck for my exam this year.

Taktala di saat hati ini dikunci buatmu, sepasang mata ini dijaga rapi di samping mulut menuturkan kata-kata mengikut morfologi dan fonologinya.. Terbit suatu yang diterbitkan oleh si perasaan. Rindu namanya. Perasaan rindu terhadap seseorang yang jauh nun di sana. Perasaan rindu terhadap kekasih hati yang amat disayanginya. Saya cintakan awak. -15 Julai 2012.
11:40 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad