20 Jun 2016

SUM UP ALL OVER PROGRAMS

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan Kareem. Pejam celik, pejam celik dah hari ke-15 dah umat Islam berpuasa. Alhamdulillah. Dah masuk fasa keampunan, semoga segala amal ibadat kita diterima dan diberi keampunan. Aamiin.

Alhamdulillah, umi diberi amanat dan kepercayaan sekali lagi untuk mengendalikan sebuah program anjuran Persatuan Bahasa Melayu USM. Sebuah program kesukarelawanan buat ahli PBM USM. Perancangan awal program ni sebenarnya, dari sebesar-besar program hinggalah ke sekecil-kecil program. Alhamdulillah, berkat kerjasama semua ahli, penasihat persatuan dan pihak sekolah umi berjaya jugak akhirnya.

Hampir setahun jugaklah umi perah otak bagai nak rak plan program ni. Umi namakan program ni 'Program Tautan Mesra' sebagai simbolik tautan dan hubungan sesama manusia yang utuh lagi mesra, gitu. hihi. Program telah dijalankan di SK Dato Ahmad Musa, Simpang Empat, Perlis

Kalau nak diceritakan apa perancangan awal umi tentang program ni, jadi karangan panjang lah pulak. Jadi, umi ringkaskan jelah eh?

Sebagai Pengarah Projek, umi lah yang bertanggungjawab di atas segala hal-hal kebajikan, protokol, kewangan dan lain-lain. Alhamdulillah, Umi tak keseorangan ketika itu.

Hari Pertama (25 Mac 2016)

Majlis dimulakan dengan Majlis Perasmian Program Tautan Mesra bersama SK Dato Ahmad Musa, Perlis.
                         

Kemudian, para fasilitator mengambil alih pentas bagi meneruskan ice-breaking dan aktiviti-aktiviti lain.



Pada sebelah malam, selepas bacaan yassin dan solat berjemaah LDK telah dijalankan. Nak tau tak? Masa ni lah kami dapat kenalpasti kelebihan dan kekurangan adik-adik ni. Tapi gambar takde. Erm. 

 Hari Kedua (26 Mac 2016)

Senamrobik


 

Simpulan Kasih

                                  

                               
                                   


Salah-Benar

 Banyak sebenarnya aktivti yang fasi-fasi sediakan. Tapi ni yg umi mampu paparkan. Ha video bawah ni nak uji tahap kefokusan adik-adik. Jangan gelak eh?


 Punya la lama kami nak dapatkan juara. Last-last, kumpulan mana yang kecundang agaknya eh? jeng-jeng jeng...


Dotted-Game

Selepas tu, adik-adik ni main game yang menguji daya kreatif dan kritis mereka.




Sep-Sep (tak ingat nama permainan, hahaha)






 Rekacipta





 

Explorace





 


 Riadah



Malam Persembahan




 

Prank






 We ended up the night dengan prank, konon nak buat adik-adik ni menangis. It works, they're all cried. Sampai termuntah-muntah (Sorry guys). And the best moments was adik-adik ni prank umi balik. Selepas habis semua aktiviti, makan kek apa semua. Umi teman team mate umi siapkan kerja untuk majlis penutupan pagi esok, tapi fasi-fasi call dan call dan call suruh umi balik. "Umi balik la, kalau tak adik-adik ni taknak tido (masa tu dah nak dekat pukul 2 pagi)". Umi pun mengalah dan balik bilik. 


Guess what? Dorang prank umi balik. Bukak pintu je dorang menyanyi siap tulis "We're sorry kak umi, we  love you". Ya Allah, nak menangis rasa. Tak cukup dengan prank tu, adik-adik dah siapkan surat untuk umi. 


 Hari Ketiga (27 Mac 2016)

Hari terakhir kami berada di sini. Hari yang teramat sedih buat umi dalam masa yang sama umi happy sebab matlamat, visi dan misi program ni tercapai. Di sebalik wajah ceria adik-adik yang kami kenal, tersembunyi kisah suka duka kehidupan yang membuatkan kami semua buka mata.

Semasa diberikan mandat untuk menyampaikan sepatah dua kata, usai kata-kata aluan.. tengok wajah adik-adik dan teammates membuatkan umi sebak dan terus menangis. Ucapan terhenti, suara sedu sedan umi yang kedengaran dalam dewan tu.

Alhamdulillah, segala penat lelah tunggang terbalik hidup umi akhirnya umi berjaya juga laksanakan program tautan mesra ni.. Syukur ke hadrat Ilahi..


'PBM USM CAKNA'






19:31 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad