29 May 2016

PERISIAN AZAN UNTUK KOMPUTER ATAU LAPTOP

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk bulan Ramadhan. In sha Allah, semoga diberi kekuatan dan rezeki untuk menyambut bulan mulia ni.

Makanya, umi nak share anda yang mungkin tak tahu kita boleh memuat turun perisian khas azan buat umat Islam. Yela, kadang-kadang aplikasi telefon tak berfungsi ke tersilent telefon ke atau tersalah tetapan (setting) lokasi? Mana la tau kan. hihihi. Ha, buat anda yang dok merantau jadi anak perantauan dan sebagainya, sesuai sangat hokey perisian ni.

Nak dijadikan cerita, mana la tau nanti dok makan sahur sambil layan movie hindustan ke korea ke sampai tak sedar awak tu nak puasa. Tak ke haru nanti?

Perisian ni umi dah guna lama dan alhamdulillah, perisian ni berfungsi dengan baik. 


Perisian Athan direka dan dibangunkan oleh IslamicFinder dan ia amat mesra pengguna. Kemudahan atau kelebihan perisian ni?


  • Boleh buat tetapan zon masa, negara dan lokasi anda berada sekarang ini. Dok ceruk mana pun ada, in sha Allah.
  • Ada pilihan suara azan; Mekah, Madinah, Al-Aqsa, Mesir.
  • Ada doa selepas azan
  • Azan akan berkumandang secara automatik apabila masuk waktu solat
  • Keunikan perisian: Di saat antaramuka komputer terpapar, anda akan mendengar bacaan bismillah.
  • Jenis komputer? Komputer dan laptop je ke? Tak lah, nak muat turun dalam telefon IOS, Android, iPad, Windows, J2ME pun boleh. Untuk komputer perisian ni sesuai untuk pengguna Microsoft Windows Vista, 7, 8 dan MAC.
  • Ada pilihan sama ada anda nak Athan Pro (berbayar) atau Athan Basic (percuma)
Bestkan? Jomlah awak-awak semua. Tak rugi pun perisian ni. Tekan sini untuk download Athan.


23:17 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad