6 Jan 2015

Aku dan Perancanganku.

Tiba-tiba teringat kisah dulu, kisah tawaran-tawaran pengajian yg pernah aku terima.

Daripada seorang pelajar sains di MGS Ipoh, beralih arah ke bidang perakaunan di Teknik Brash. Semasa belajar akaun, rindu sangat dengan bio. Aku punya cita-cita yang tinggi. Sungguh. Namun, segalanya berubah. 

Akaun pun akaunlah.

Usai SPM, aku tak ingin meneruskan cita-cita yang berkait rapat dengan bio sebab bukan bidang aku lagi. Lalu, aku menanti dan terus menanti.

Sampai suatu hari, aku ditawarkan dengan suatu tawaran yg bagi aku amat berharga. Tak ramai yang rasa. Aku berfikir. Mencongak masa depan diri sendiri, nasib keluarga. Aku tolak bahagi. "Ah, takpelah. Ni bukan rezeki aku". Aku lepaskan peluang itu.

Aku ambil keputusan untuk masuk Pra-U. Pahit manis, perit getir. Aku korbankan segalanya. Cita-citaku sebagai seorang doktor telah aku lepaskan, begitu juga dengan seorang akauntan lepasan universiti luar negara taktala aku lepaskan peluang tersebut.

Aku melangkah dan terus melangkah. "Pelajar Terbaik STPM 2012/2013". Alhamdulillah. Aku bersyukur. Ini rezeki aku. Ini buat kedua orang tuaku. Ini buat ahli keluargaku.

Ke mana aku selepas semua ni?

Aku kembali menanti. Mengharapkan yang belum pasti. Mengharapkan yang pernah aku lepaskan, kembali agar bisa aku rebutnya kembali. Benarlah kata orang "peluang jangan dilepaskan, nanti menyesal tak sudah".

Sememangnya peluang kedua tidak lagi kembali. Aku sekali lagi bertukar bidang. Dari pelajar sains dahulunya kepada pelajar akaun dan seterusnya pelajar pengajian perniagaan dan sains sukan. Kini, aku menjadi seorang mahasiswa USM bermajorkan Bahasa Melayu dan berminorkan Komunikasi.

Lari bukan? 

Aku tahu perancangan-Nya adalah yang terbaik. Aku, hamba-Nya dan aku tahu ketentuan-Nya. Dan yang paling aku percaya, Dia tahu apa yang terbaik buatku.

Dia tidak akan memberikan apa yang aku mahu sebalikya Dia akan memberikan aku lebih daripada itu. Dia akan berikan apa yang aku perlu.

Yakin.
22:50 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad