3 Nov 2013

Bahagia yang aku rasa.

Assalamualaikum,

Dulu, aku selalu berfikir,
"Alangkah bahagianya rasa bila aku dapat kotakan janji aku."
"Alangkah bahagianya rasa bila aku dapat harumkan nama mak dan ayah, buat mereka bangga dengan kejayaan aku."
Sekarang, alhamdulillah. Segala yang aku impikan kini tercapai. Walaupun tak digelar Pelajar Terbaik Keseluruhan STPM 2012, bagi aku bila dah termasuk dalam list one of the best students pun aku dah bersyukur sangat-sangat.

Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana telah memakbulkan doa hamba-Mu ini.

Teringat lagi dulu-dulu masa dekat sekolah. Bila lalu je notice board Pra U dengan Aswad, mesti dia akan cakap macam ni "weyh umi, aku dekat atas ni tau (sambil tunjuk dekat gambar senior a.k.a best student) dengan gelak jahatnya". Aku pun bila dia dah cakap macam tu apa lagi "eleeh, aku akan pastikan aku kat bawah kau (sambil tunjuk dekat gambar no 2). Takpela tak dapat kalahkan kau pun, janji no 2. Bawah kau. Kau ingat tau." Bayangkan lah setiap kali lalu, kitorang akan cakap macam tu. Dapat bayangkan tak macam mana perasaan aku masa tu weyh? Ya Allah, tak tahu lah nak cakap macam mana. Korang imagine la. hihi.

Dan sekarang, alhamdulillah.

Se-lepat lepat aku pun, aku dapat jugak no 2 tu dan Aswad tetap mantain dengan no 1 dia tu dan di anugerahkan pelajar terbaik keseluruhan STPM 2012. Congrats kawan. Eh lepat tu nama gelaran aku dulu. Dorang panggil aku lepat sebab dorang kata aku lembik sangat. Hey, please lah. haha.

Dan haritu, umi dapat surat untuk menghadiri Majlis Anugerah Kualiti. Tak sangka pun dapat sebenarnya, yela sebab Aswad kan ada kan. Haa. Alhamdulillah, syukur.


Tapi sedih. Aku tak boleh datang pun sebab aku ada program kat USM. Erm. Takpela, mak ayah wakilkan aku.

Pada pagi majlis tersebut, aku pun hantar la mesej kat mak dengan harapan bila mak baca, mak akan baca kuat kuat dengan ayah dekat rumah. Hahaha.


Sayu je rasa hati ni. Pada awalnya aku nak mak ayah ada dengan aku masa hari tu. Aku nak mak ayah tengok anak sulung mereka naik pentas. Dah lama aku nak buat macam tu, baru sekarang aku dapat lakukan. Sedih weyh, sedih. Takpela, bukan rezeki aku.

Tak lama lepas tu, mak wechat.


Ini lagi sedih. Aku dapat baca mesej ni pun selepas aku habis program. Sedih! Tapi lagi sedih bila ayah cakap macam ni,


Ayah yang selalunya tegas dengan anak-anaknya dalam soal pendidikan, agama dan lain-lain sendiri yang hantar mesej. Jatuh air mata ni bila baca mesej ayah. Jatuh air mata ni bila mengenangkan jasa mak ayah. Jatuh air mata ni bila mengenangkan masa depan aku nanti. Sedih. Bertambah sedih bila aku tak dapat nak tengok muka bahagia mak ayah di saat naik ke pentas. Sedih!

Alhamdulillah, walaupun hanya gambar aku yakin mereka mesti happy gila kan? hehe.



InsyaAllah, ini baru permulaan. Langkah aku masih jauh. Masih banyak yang perlu aku kejar. InsyaAllah, berkat doa mak ayah aku akan sentiasa berusaha untuk berjaya di dunia dan juga di akhirat. Aamiin.


Thanks Adam sebab sudi jadi photographer untuk along masa tu. Thanks sangat sangat.

Along sayang semua. :-*
20:43 / by / 3 Comments

3 comments:

ANGGURHIJAU said...

alhamdulillah. :) berterusan jd ank yg sentiasa membahagiakn ibu ayh :)

umishahirah's said...

Alhamdulillah :) Aamiin, in sha Allah kak una. i'll do my best.

umishahirah's said...

Alhamdulillah :) Aamiin, in sha Allah kak una. i'll do my best.

Post Top Ad