23 Jul 2013

Rindu.

Assalamualaikum,

Hai awak. Awak tau tak saya rindukan awak? Saban hari saya terfikirkan awak je tau. 

Saya rindu nak tengok awak. Saya rindu nak tengok muka innocent awak bila awak mendatangi saya. Awak senyum, awak tersengeh macam kerang busuk sehingga menampakkan gigi awak. Haha. Saya rindu.

Lepastu, saya rindu tengok muka serious awak. Bila saya leka ataupun saya main handphone, awak mesti cakap "buatpe tu? bak sini, nak tengok". Lepastu bila awak pulak yang buat macam tu, saya buat balik macam mana awak buat dekat saya. Bertukar tukar handphone sampailah nak balik. Saya rindu.

Saya rindu tengok mata awak bila awak bercakap dengan saya. Saya rindu.

Saya rindu awak main cak cak bila saya tengah makan. Bila saya marah awak sebab tengok saya makan, awak intai intai saya makan. Saya nampak mata awak. Saya rindu nak tengok kenakalan awak.

Saya rindu nak pujuk awak bila awak merajuk dengan saya. Awak cakap "Orang taknak senyum dah" sambil buat muka serious. Bila saya pujuk, lama lama awak senyum jugak. Siap gelak gelak lagi. Comel!

Saya rindu nak tengok awak jaga saya. Kemana je saya pergi mesti awak ada kat belakang. Awak tengok saya. Bila saya pusing belakang, saya nampak bodyguard saya.

Saya rindu banyaaaak perkara tentang awak. Tentang kita.

Saya sayang awak. Saya sayang awak sebab awak hormat saya. Awak hormat keluarga saya. Awak hormat maruah saya. Awak tak sentuh saya. Terima kasih awak.

Saya akan sentiasa berdoa untuk kita. Untuk lima tahun yang akan datang dan seterusnya. Sehingga nafas saya yang terakhir. Saya akan sentiasa berdoa.

Awak nak tau tak? Bila ayu, honey dan lain lain mengusik saya tentang kita, saya sedih. Lama lagi nak tunggu akad nikah. Lama ;agi nak tunggu ijab dan kabul. Lambat lagi saya boleh dapat pahala yang banyak bila saya hidup bersama dengan awak. Lambat lagi awak.

Saya akan sentiasa tunggu awak. Takpela, biar jauh mana pun kita terpisah, biar lama mana pun kita tak bersua muka. Suatu hari nanti, kita tetap akan bersatu jugak. Awak kata saya kena kuat, saya kena sabar kan? InsyaAllah, saya sentiasa doakan kebahagiaan kita. Aamiin.

Iloveyou Muhammad Faiq bin Che Om. Iloveyou a lot!

21:00 / by / 2 Comments

2 comments:

Me and You said...

amboiii suweeett betuiii :P hahaha. comel kak umi. in shaa ALLAH, ada jodoh kak umi dengan dia. Aminnnnn :)

umishahirah. said...

aamiin. semoga segalanya menjadi kenyataan. ceewah! hahaha. comel comel rindu. hikhik :P

Post Top Ad