22 Apr 2013

Throwback Exam.

Assalamualaikum,

Sekarang ni musin exam kan? PSPM la midterm la final la. Teringat pulak ke-excited-an nak STPM tahun lepas. Perangai dari yang biasa buat terus jadi tak terbiasa buat. Macam macam mood yang menyinggah kepala otak masa tu. 

Tau tak masa nak exam ni spa terapi mata teramatlah laku.Tambah-tambah malam exam tu, lagi la. Semua  pakat tempah turn nak buat terapi mata. Overnight punya pasal. Study bagai nak rak. Esoknya, semua mata sepesen je. Yela, orang kata study last minute ni lagi masuk ilmu tu. Umi pun sama. hihi. Tapi umi takde la straight sampai ke pagi. Umi tido dulu, then bangun study. Baru fresh. Bila syaitan dah mula dok gayut gayut kat mata tu, tido balik sampai ke pagi. hikhik. Jangan diikut dik oi peghangai macam niii. Jangan sesekali.

Pastu, masa tu jugak la mood gatal miang tu terover rembes. Betul, masa tu jugak la nak buat super saversnya, nak mesejnya. Kalau dekat twitter, sampai kena twitlimit ha. Masa tu, konon nak suruh yang tersayang temankan la padahal, bersayang sayang. Kan bie? haha. Masa umi dulu lagi best. Esok paper, pukul tiga empat pagi suruh faiq kejutkan. Lepastu cerita balik apa yang umi baca. Dia dengar je. Kot la dengar kan. hehe

Bila da terasa super savers nak melabuhkan tirai, hati mula terdetik "aduh tak sempat da ni nak cover chapter. Menyesal pulak layan perasaan tadi".  Mata ni pun mula la berair air. Terasa down habis dah masa tu. Menangis la sorang sorang dalam bilik. Kertas, buku habis basah kena air mata. Masa tu jugakla khidmat yang tersayang digunakan. Mengadu nasib la dekat dia. Menangis gila gila, tapi bila dia bagi semangat balik. Bajet dapat semangat yang tinggi setinggi gunung everest la konon. Euuww. Dalam hati, hanya Tuhan je yang tahu.

Pukul 5.30 pagi, dah terdengar bunyi pintu menguak. Mak dah bangun la tu. Monolog dalam hati. Tengok muka mak, sayunya hatii. Ha, masa tu jugak la semangat tu datang. Aku mesti banggakan mak ayah! Masa ni la semangat menggunung setinggi gunung everest. Tadi tu tinggi gunung kinabalu je. haha.

Gosok baju mandi solat bersiap breakfast. Ni paling best. Seminggu sebelum exam start lagi ayah dah sediakan air yassin, air zamzam dengan kismis. Wuuu, terasa diriku amat berharga. Sebelum breakfast da minum air zamzam, makan kismis, bawak bekal air yassin dicampurkan dengan air. Dapat bayangkan tak betapa hancurnya hati bila tertinggal botol air dalam van sekolah? Nak menangis rasanya. Tapi bila depan depan classmate? Takpe gua lejen.

Erm, ha lepas tu kan bila dah ada gap paper semua dok pakat rilekskan minda. Teringat pulak pernah curi curi coklat masak dekat dapur tu sebab coklat makan dah habis. Bila da takde coklat untuk di kudap maka coklat masak pun jadi la. Coklat kan baik untuk otak mana bole dipandang remeh. STPM banyak pakai otak wohhh. Bila dah kantoi coklat habis, mak pulak sanggup keluar belikan coklat banyaaaak untuk umi makan masa study. "Nah amek coklat ni. Macam ape je makan coklat masak. Makan puas puas". Bila mak dah start perli -..- aku pun dengan muka seposennya sorokkan semua coklat dalam peti ais. Kalo tak kebulo coklat lagi ah. Aku pun makanla sepetak kecik coklat, makan  secubit kismis tanpa mengira bilangannya. Makan coklat, makan kismis. Makan coklat, makan kismis sampailaaa habis exam. Nampak jimat kan?

Satuuu je, aku jenis yang tak bole buat study group. Bila ada study group je mesti rasa macam self confidence tu low gila. Yela, bila dah berkumpul sorang tanya itu, sorang tanya ini. Yang aku ni, tercengang amendela yang dorang bincang ni. Dah la aku terkenal dengan sifat 'loading'nya. Nampak tak? Aku cuma boleh buat personal reference dengan classmate je. Alhamdulillah la, sepanjang dorang study group dulu tu takde yang terkena. Sipi sipi jela kot. Hehe. Kalau tak, taktau la macam mana. Menyesal tak sudah rasanya. Memang kena buang la habit ni. Masak oh kalau dekat U pun study sorang sorang +_+

Rindunya dengan suasana tu. Rindu sangat. Masa tu la baru terasa betapa pentingnya restu mak ayah, restu semua orang. Hubungan kita dengan Allah rapat sangat masa tu. Sujud sampai mengalir air mata mintak dipermudahkan segalanya, ditenangkan hati semasa menjawab soalan. Indanya suasana tu.

Setiap hari selepas solat, tenangkan hati baca al-quran. Sebelum keluar rumah mesti mintak restu mak ayah dulu, mintak restu embah, faiq, mak faiq. Hehe. Dengan berbekalkan semangat dan doa dorang la aku melangkah ke dewan peperiksaan.

Alhamdulillah, segalanya telah dipermudahkan dan keputusan peperiksaan telah aku terima. Semoga dengan bekalan doa dan keputusan stpm ini, aku dapat menyambung pelajaran ke peringkat ijazah tidak lama lagi. Amin Ya Rabbal 'Alamin :)

Selamat malam.
00:42 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad