18 Apr 2013

Hina ke aku?

Assalamualaikum,

Malam ni nak cerita pasal PRA U STPM. Rasa terdetik nak share sikit pengalaman yang sikit ni memandangkan junior dah mula tanya itu dan ini.

Oke dia macam ni tau, perkara yang sebenar benarnya membuatkan orang berfikir dua tiga empat puluh kali adalahh disebabkan oleh,

  • TAKNAK pakai baju sekolah dah. (ape kelas kan umur 19, 20 tahun berpakaian sekolah)
  • MALAS nak menghadap 'sekolah, cikgu-cikgu, junior-junior' yang confirm akan memperkotak-katikkan Pra U ni.
  • MASALAH BESARNYA sekarang dorang yang nak masuk Pra U ni bermasalah dengan cikgu bukan dengan pelajaran (based on my own experience)
Hati dah mula panas da ni. Oke oke cool, aku pernah rasa semua benda tu. Siap kena cakap macam ni lagi masa assembly "itu la, suruh masuk U taknak". HELLOOOO! ini ke sikap guru yang beretika lagi profesional sehingga merendah-rendahkan pelajarnya sendiri?

Tapi takpe, watlek watpeace je orang kata kita kan. Cikgu pulak tu. Takkan nak melawan, tak berkat pula.

Aku bertekad masa tu nak buktikan dekat dorang semua satu sekolah orang yang dorang pandang rendah selama ni boleh succeed, terutamana dekat cikgu tu. 5 Prinsipal. Memang aku bertekad masa tu.

 Dan sekarang? aku tersenyum puas (macam jahat pula bunyinya kan?) 

Ramai yang taktau kelebihan Pra U ni. Biasalah, manusia akan membuah mulutkan keburukan sesuatu benda tu.

Pra U ni ibarat

  • shortcut for those yang nak cepat ke bachelor. Setahun setengah Pra U then boleh sambung bac. lebih cepat daripada diploma tiga tahun. Nampak tak?
  • Pra U student boleh buat further study bac. kat overseas, tapi matriks tak. hehe
  • setaraf dengan diploma.
Ha, mesti ada orang cakap memangla cepat. Tapi susah!

Tak ada benda yang senang dalam dunia ni. Nak mati pun susah tau. Ha. Start tahun 2012, Pra U dah pakai sistem semester tak macam kitorang. Kena struggle for the whole one and half year untuk dapatkan 4 pointer. Dah senang dah sekarang ni.

Belajar kat semua tempat sama je. Kalau belajar kat tempat yang hebak cemane sekali pun kalau kita tak berusaha takkan kemana jugak. 

Kalau nak tau banyaaak lagi pasal Pra U ni, bole la tekan sini Pra U VS Asasi , Pra U VS Diploma dengan Pra U VS Matriks



Mesti 'si ribbon comel' kena macam tu jugak rasanya. Aku rasa bukan setakat rasanya je tapi memang kena macam tu pun. Sedih bila dapat tau ada yang terima nasib dengan aku.

Sii ribbon comel, you can do it! buktikan awak pun boleh succeed jugak macam orang lain.

Nak tau tak, sebenarnya kan tak puas lagi ni nak taip. Rasa macam nak ceritaa je semua yang pernah aku rasa dulu. Betuul, rasa nak cerita je. Tapi takpelah. 

Selamat malam.
23:13 / by / 4 Comments

4 comments:

Siti Shaera Salleh said...

setuju :')
hidup pra U ney banyak dugaan . kena sabar dengan persepsi orang . nak kata susah , boleh tahan laa . tapi selagi ada usaha , x mustahil . sy batch 1st utk sistem modular , sesak nafas jugak nak kejar syllabus . salute dgn senior batch terminal yg kena struggle setahun lebih (Y)

umishahirah. said...

hehe. itula.
kalau tak kuat, kalau tak tabah memang kecundang. nak berjaya, kenalah susah susah dulu. kan? hee.
Waah, goodluck shaera. exam dah dekat ni. do your best! :)
Btw thanks, umi pun tabik ah kat korang yg batch 1st sistem modular. kena pandai trick soalan. insyaAllah ^^,

Cik Ayu said...

kak Umi . Tengs Alot . here http://ketotmetotstory.blogspot.com/2013/04/hmm.html , tengs kasi semangat

umishahirah. said...

hehe my pleasure syg.
:) don't worry oke?

Post Top Ad