23 Feb 2013

the pain.



Kadang-kadang, 
Bila kita cuba untuk menjadi sahabat yang baik. Kita yang kena pijak. 
Bila kita cuba untuk tidak berat sebelah, akan ada pihak yang terguris, dan akan ada pihak yang ketawa. 
Bagaimana pula dengan diri sendiri? Di mana pula letaknya hak diri ini?

Mereka hanya tahu menuding jari, menyalahkan orang lain. Dan ya, menuding ke arah aku.
Taktala berlaku perselisihan faham dan sebagainya, aku berdiam. 
Aku di maki, di caci, di tengking. Aku masih mendiamkan diri.

Bila berdiam, dikatanya pula aku begitu aku begini.
Oh ya, sememangnya aku tidak sempurna dan takkan sempurna. No one is perfect, isn't?
Mereka takkan tau macam mana rasanya kalau ada di tempat aku.
Aku cuba untuk menjadi seorang sahabat yang baik di hati mereka dan sebab itu aku tegur. 
Hasilnya? bagai mencurah ke daun keladi.

Aku masih bersabar. Ingat, sabar pun ada hadnya. 
Teringat aku dengan usrah ummi,
"kalau kamu dah tegur dia, dia taknak dengar. dan kamu rasa bila kamu dekat dengan dia akan membawa kemudaratan, jauhkan diri. Bukan menyerah kalah, tapi mengalah".

Dan aku akhirnya mengalah. 
Aku tinggalkan mereka. Aku tinggalkan dengan sebuah kebenaran untuk dibongkar.

Dan apabila kebenaran tersebut terungkai, eh gelabah pula.
Dan ada yang bermusuhan pula dengan aku.
Bukan ke aku dah nasihat dari awal? 

Mungkin bagi mereka, aku tak ubah seperti duri dalam daging.
Tak kisahlah, asalkan aku taknak menanggung dosa bersubahat.
Jangan selalu menyalahkan orang lain sehinggakan salah sendiri tak nampak, kawan.
dan please be matured. 

Mungkin bagi mereka corak kehidupan mereka berbeza dengan aku. 
Tapi, kita masih saudara. saudara seislam. 

Aku tau, aku tak sebaik mana, tak seperfect mana, dan tak hebat pun.
but please...
Terlalu banyak yang aku simpan. Terlalu banyak. 

Seperkara lagi, tolonglah hormat orang lain. Umur dan jantina.
Jangan ingat semuanya sama. 
Jangan sesuka hati nak touch sana touch sini anak orang. 
Aku tak pernah tak respect kau, tapi kau? Please respect others.

Aku akan terus kuat untuk semua dugaan ni, insyaAllah.
Terima kasih kerana mengajar aku erti ragam manusia.

And last but not least,
22:39 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad