19 Jun 2012

rintihan seorang anak.


"Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman."

(pesan Luqman Al- Hakim kepada anak- anaknya)

Ya, aku ingin menjadi seorang anak yang solehah, yang boleh berbakti kepada kedua ibubapa aku suatu hari nanti. Aku tahu, aku banyak menyusahkan mereka, menyakitkan hati mereka. Sesungguhnya mereka banyaaak berkorban untuk kami adik-beradik. 

Kenapa aku gunakan kata- kata kat atas? sebab aku tahu, kita semua selalu terasa kan dengan apa yang ibubapa kita cakapkan. Bila kita buat salah, mereka tegur/marah. Kita yang 'berdarah muda' ni cepaat je rasa nak melenting. Emotional kononnya. Macam aku jugak, sampai merajuk. hihi. Tapi, bila dah merajuk, aku mula berfikir, mak ayah aku lagi banyak sabar dengan karenah aku. Dengan karenah adik-adik aku lagi, kan? Aku tahu korang semua pun macam tu. Tak baik tipu. hehe. 

"Memang sifat manusia, bila takda baru tanya. Kenapa tak tanya orang yang ada ni."

Ha yang ni pula, cikgu aku yang cakap tadi. Ada sorang classmate aku tak datang, ayah dia masuk hospital. Lepas tu, yelah bila dah tak nampak muka mestilah tanya kan. Kemana dia? kan? Aku rasa jarang orang akan tanya "umi mana?" padahal aku dekat tempat tu. aku rasa takda pun. Orang mesti tanya orang yang takda kat tempat kejadian tu bukan? hihihi. Lepas tu, cikgu pun sambung ayat dia..

"Oleh itu, hargailah ibubapa yang masih ada ni"

Lebih kurang la ayat dia macam tu. Aku yang dengar, terus pandang lappy. Aku rasa sebak. Ayah selalu bagi tazkirah lepas solat. Ayah kata..

 "Ayah mintak maaf kalau ada buat apa-apa salah. Ayah taktau bila lagi sampai bila ayah ada. Sekarang ni pun ayah dah rasa sakit-sakit. Jaga diri."

Anak mana yang tak tersentuh dengan apa yang ayah cakapkan. Aku nak menangis bila ayah cakap macam tu. Aku terfikir, macam manalah agaknya bila ayah takda. Susah rasanya. Even sekarang ni pun susah. Aku takut. Ayah ulang ayat yang sama setiapp kali tazkirah. Setiap kali. 

Aku teringat lagi sewaktu ayah accident akhir tahun 2011. Aku takda kat rumah masa tu. Aku kat rumah makcik aku. Malam selepas aku keluar dengan makcik aku, aku dapat banyak misscall daripada mak aku. Bila aku call balik, adik aku cakap ayah accident, tak sedarkan diri. Aku beranggapan yang adik aku bergurau dengan aku. Tapi, tak. Aku terduduk. Aku terpaku. Air mata aku menitis. Setitik demi setitik. Aku kuatkan diri, aku berdepan dengan makcik aku. Aku cakap, ayah accident. Makcik aku memandang aku dengan muka yang sedih. Dia dah tahu terlebih dahulu daripada aku. Aku gelak. Aku tahan. Aku taknak menangis depan dia. Aku kena kuat. Aku cakap aku nak balik, nak tengok ayah pada keesokan harinya. Aku taknak menyusahkan makcik aku. Dia penat dan aku tahu tu.

Aku terus beritahu sahabat- sahabat aku. Kakak-kakak kesayangan aku. Kekasih hati aku. Mereka menenangkan aku. Alhamdulillah. Aku ada mereka di saat-saat aku memerlukan seseorang yang boleh mendengar rintihan aku. 

Aku pengsan melihat keadaan ayah aku ketika itu. Selepas beberapa ketika, aku sedar. Ahli keluargaku menenangkanku. Aku menangis. Mereka memujukku supaya ayah tidak risau. Rahang ayah patah. Mulut ayah pada hari pertama tidak boleh ditutup. Bercakap pun tak jelas. Aku tak sanggup. Betul, aku tak sanggup tengok ayah macam tu. Pada hari kedua, ketiga dan seterusnya, ayah semakin pulih. Selepas pemedahan, ayah kelihatan bertenaga sehinggalah pada suatu masa, selepas ayah menunaikan solat maghrib ayah tiba-tiba sesak nafas. Ya Allah, aku panik. Bibir ayah pucat. Pucaaat sangat. Nafas ayah semakin kencang, ayah beristighfar, mengucap dua kalimah syahadah. Nurse yang ada pada masa tu melakukan apa yang sepatutnya. Air mata aku bertakung pada masa tu. Aku kuatkan diri demi ayah aku. Alhamdulillah, selepas beberapa minit ayah kembali stabil. Aku bersyukur sangat- sangat. Ayah kemudiannya keluar daripada wad setelah dua minggu keberadaannya di sana.

Sebenarnya, panjang lagi cerita aku ni. Tapi, dipendekkan cerita.. aku tersentuh dengan kata- kata cikgu aku tadi. Dengan nasihat mak aku yang tak putus-putus supaya aku kuat. Kuat dengan dugaan dan cabaran yang aku hadapi pada masa ini. InsyaAllah, aku akan cuba untuk menjadi seorang anak yang baik buat mereka.

Semua orang melihat aku seorang yang ceria, banyak cakap, periang dan sebagainya. Tapi, tiada siapa yang tahu apa isi hati aku. 

Terima kasih, mak ayah. Along sayang mak ayah sangat- sangat. 
:'( 


Akhir kata,
“Apabila matinya seorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalan melainkan 3 perkara, ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa daripada anak-anak yang soleh.”
19:16 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad