24 Jun 2012

After 3 years.


Assalamualaikum.

Ya kali ni aku nak buat entry tentang aku. ulangan, tentang aku. See, betapa selfish-nya aku. Memang tak la. Ini cerita tentang kami semuaaa! *tiru versi upin dan ipin. hihik.

Semalam dan kelmarin, umi menyibukkan diri ke program bersama matrikulasi. eh? acane tah tajuk program tu. Ala lebih kurang la. Ada perkataan matrikulasi kat situ. Nampak tak? Nampak tak aku mem-busybody-kan diri sendiri? nampak kan. Ah peduli hape aku. Ex-schoolmates aku yang incharge. Banyak faktor yang membuatkan aku berkobar-kobar nak ke sana. Yang pertama, aku nak jumpa dorang. Yang kedua, aku rindu dorang. Yang ketiga, aku nak happy dengan dorang. Yang keempat, aku tersangat sangat nak jumpa dorang dorang tu. Yang kelima, sebab aku rindu gila kat dorang. Yang keenam, ulang balik faktor-faktor yang aku dah bagi tadi tu sampai cukup limapuloh. 

Dipendekkan cerita, pagi-pagi jumaat lagi aku dah jumpa ex-classmate aku. Aku pun apa lagi, berkobar- kobar. Petang tu aku tertidur. 4.30 adik aku kejut. Nak keluar katanya. Foine foine. Dia memang spoil mood tidur aku. 7 misscall, 1 message. Kelam kelibut aku dibuatnya. Nina ajak aku datang dewan. Tidur sekali kat sekolah. Tahu tak perasaan aku macam mana masa tu? Ya Allah.... Tak sabarnyaa. Memang aku jadi drifter la masa tu.

Sampai dewan, mereka mereka mereka pelik. Apa kak umi buat kat sini? Eh kak umi la. Kenapa kak umi datang? Ah mungkin tu yang mereka fikirkan daripada reaksi muka mereka. Mungkin ada di kalangan mereka yang mengatakan sibuk je kak umi ni. Kan aku dah cakap awal-awal lagi, aku tak peduli. Aku taknak lah cerita proses-proses aku jumpa rakan-rakan aku ni. 

Petang macam biasa, ada program. Kami para fasilitator, ecewah check in rumah. Fasi lelaki sebuah, fasi perempuan sebuah. Settle. 



Malam pulak, segala program yang dirancang dibatalkan dengan program ceramah oleh abang-abang fasi di surau. Masa ni aku dengan yang lain dapat tengok macam macam gelagat. Selesai je ceramah tu, dorang balik. Kiteorang pulak buatpe ek? ohhh yee, tunggu fasi lelaki settle-kan kasut salah sorang daripada dorang tu yang hilang. Perangai budak aspura ni memang tak habis-habis. Dorang nak buatpe dengan kasut-kasut curi tu? jual kat  gerbang malam? Gara-gara korang, perut aku berkeroncong lagu irama malaysia dah, tahu? kami kemudiannya bergerak ke dataran ipoh pada tengah malam. Seriously, aku tak pernah keluar selewat ni. Kalau kat rumah memang tak la. Nak kena penyapu? Tapi dalam kes ni, kelaparan yang melanda memang tak dapat dibendung lagi dah. Takde stok makanan. Air coke 100ml je yang ada. Sanggup?


Ex-KD aku dulu. Abaikan tudung aku yg keromot keromot tu.  Iron takde weyh. Sila faham.



Misliana. Budak meki ni. hehekk She's our driver :)

Atirah ali dari kiri dan Arin di sebelah. 


Semua dia punya. Kalau percaya, kena tipu. haha



Arin? kau oke? hahaha


weyh buat muka pelik, buat muka pelik.taraaaa ni la hasilnya. ahaha. Kami masih comel bukan.

Balik rumah.. pummm sorang sorang tidur meninggalkan aku. eh kenapa dengan aku? Bukan apa, pagi tu ada qiamulail dan masa untuk aku tidur tak lebih dari 3 jam. Memang tak la. Berbekalkan semangat dan kecekalan, aku melayan lappy aku.

4.30 pagi. Atirah dan niena keluar rumah kejutkan budak-budak. Semangaat! Kami? jaga rumah haha. Kami bersiap sedia untuk melangkah selangkah dua langkah tiga langkah dan seterusnya menuju ke surau. :) 

Harap maaf. Tidak ada gambar untuk dijadikan lampiran semasa qiamulail. haha.

Selesai qiamulail dan solat subuh.. tidur balik. Nak dapatkan tenaga untuk program seterusnya. Terima kasih kepada Arin kerana mengejutkan kami lebih awal daripada fasi lelaki yang kononnya nak memperdengarkan kami dengan suara marabbuka di tepi tingkap rumah tu. Kita nak suruh dorang guna untuk kejutkan budak-budak, tapi kita yang dikenakan balik -.-'






Jangan ditanya mengapa sikit. Banyak jawapannya nanti.




program berjalan seperti yang dirancang dan tamat pada 1 tengahari. Eh macam laporan pulak. Kami kemudiannya makan bersama buat kali yang terakhir. 


Nanti mesti aku rindu korang macam yang aku selalu rindu sebelum ni. Nanti mesti aku rindu nak lepak dengan korang lagi. Nanti mesti aku rindu nak makan sama dengan korang. Nanti mesti aku rindu nak tengok mis drive lagi. Nanti mesti aku rindu nak tengok telatah korang dalam kereta. Nanti mesti aku rindu nak tengok atirah kelam kabut cari aku lepas tengok aku takde kat tempat tidur aku sampai syak aku kena nyorok. Padahal, aku elok je bercakap dengan faiq. Nanti mesti aku rindu nak dengar kekecohan suara korang nyanyi lagu najwa latif ft. sleeq. Nanti mesti aku rindu nak tengok korang buat "tettt sepulohmarkah". fuuhh banyak lagi ni.

Banyak sangat kenangan aku bersama korang selama sehari setengah ni. Terima kasih atas segalanya. Halalkan yang terlebih atau yang terkurang eh? Doakan aku dapat keputusan yang cemerlang dalam stpm nanti, dan boleh masuk U amek degree dengan korang nanti. Amin. Aku sayang korang.

Jumpa lagi, fasilitator-fasilitator sekalian.

:)
22:30 / by / 4 Comments

4 comments:

shedameor said...

wahhh. korang jadi faci. good good. jelousss

umishahirah's said...

hikhik lagi best bila dapat spent time dengan dorang :)

coffeepinkee said...

waktu terbaik, awesome ahh !

umishahirah's said...

hihi dapat bersama dengan kakak-kakak fasi yang cun! haha

Post Top Ad