22 Jun 2012

Hukum Menyebut OMG.


Assalamualaikum dan salam penghulu hari.

Remaja dengan stail memang tak dapat di pisahkan. Macam- macam gaya ada tak kira lah dari aspek berpakaian, percakapan, perbuatan dan sebagainya. Misalnya, most of the teenagers nowadays selalu cakap OMG. Situasi ni dapat dilihat apabila mereka terkejut. Contoh la kan. hehe

Dulu aku pun selalu cakap macam tu. Aku akui. Korang pun kan? Bila aku dah tahu, aku elakkan. 

Meh sini aku kongsikan ilmu yang aku dapat daripada hasil pembacaan aku melalui media massa ni. Sekarangkan dunia di hujung jari. Tekan je, semua ada. Dari A sampai Z.

Ada seorang wanita yang dikenali sebagai Yanti bertanyakan soalan kepada Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Soalannya berbunyi:

"Apakah hukumnya menyebut Ooooh.. MG  atau ada yang menyebut sebagai OMG, kependekan daripada Oh My God! Saya dapati segelintir anak muda sering menggunakan perkataan ini. Apa hukumnya, Datuk?"


Dan respon yang diberikan oleh Datuk Dr. Mashitah Ibrahim adalah:


Seorang Muslim dituntut sentiasa mengingati Allah. Dalam sepotong ayat Allah S.W.T berfirman "Tidakkah dengan mengingati Tuhan, hati menjadi tenang". Justeru untuk hidup tenang, basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah. Kalimah GOD sama sekali tidak boleh diterjemahkan sebagai ALLAH. Dari segi dikata jamakkan dan ada jantina seperti God dan Goddess. Berbeza dengan kalimah Allah, ia mengandungi makna tauhid di dalamnya.Tiada dua atau tiga, hanyalah Esa dan Satu. Jika kita orang Islam sebutlah Ya Allah kerana maknanya berbeza dengan Oh My God.

Semoga kita semua dapat manfaat daripada perkongsian ini.
Sekian.

13:59 / by / 2 Comments

2 comments:

shedameor said...

thanks for sharing :)

umi shahirah said...

hehehe. sharing is caring. ^ ^

Post Top Ad