21 Mar 2012

post kali ni tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.


assalamualaikum.



pernah rasa hati terguris macam kena hiris dengan pisau? pernah rasa jari terpotong? tak pun terhiris dengan pisau potong sayur.. pisau lipat.. tergunting.. tercucuk.. pernah? pernah? pernaah?

hari ni umi nak cerita pasal hati pulak. rasanya blog umi ni dah jadi macam diari dah. post apa- apa yang tersimpan kat dalam hati ni. sorry la, bukan nak mintak simpati.. bukan nak aibkan orang lain, bukan nak sakitkan hati orang, tapi umi cuma nak luahkan je.

entry ni takde kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia oke. chill. :) sorry kalau terasa.

kadang kadang, memang niat kita nak bergurau dengan orang lain kan. niat hanya nak bergurau. oke. takpe. alasan boleh diterima. tapi, pernah tak sebelum kita cakap sesuatu, sampaikan sesuatu kat orang yang berkenaan.. kita fikir dulu. baik buruk, apa yang kita nak cakap kat orang tu. jangan sampai orang tu terasa.

memangla, dah besar. boleh fikir yang baik yang buruk. tapi pernah tak kau fikir apa yang nak dicakapkan tu? memang, takde niat pun nak sakitkan hati or nak buat orang sampai 'touching', tapi at least fikirlah dulu ye, kawan?

sebagai kawan yang menyayangi kawan.. sepatutnya kita kena happy dengan apa yang dia buat, dengan siapa dia bersama, siapa bf/gf dia. tak perlu lah sampai nak perli, nak buat kontroversi, nak pertikaikan bf/gf dia.

 let say la kan, bagi contoh.
contoh pertama: kau pertikaikan either bf or gf kawan kau tu. dapat bayangkan tak apa yang kawan kau tu rasa. kau rasa dia happy ke? memang tak lah kan.

contoh kedua: kita amek balik contoh pertama tu dan kita terbalikkan. apa yang kau akan rasa kalau kawan kau tu buat balik apa yang kau buat dekat dia. exactly the same thing you did. apa yang kau akan rasa. bayangkan.

contoh ketiga: kau tanya soalan yang tak sepatutnya ditanya pasal relationship kawan kau tu. contoh, kau rasa dia sayang kau? a. sukaa sangat, b. terpaksa, c. tersuka d.blablabla. and kau repeat question tu sampai kawan kau tu rasa stress. beb, tolong jangan buat orang lain tertanya- tanya. fikirlah kalau kau dalam kasut dia macam mana. kau akan buat dia mula syak wasangka dengan bf/gf dia. jangan jadi BATU API.

kau boleh cakap, aku taknak kau percayakan bf/gf kau 100% sebab aku takot kau akan frust menonggeng tertonggeng. tapi at least, can you show something that kau support dia? even bf/gf dia tu orang yang kau rasa tak sesuai what so ever lah kan. kau sepatutnya mendoakan kebahagiaan kawan kau tu. bukan mendoakan kesengsaraan kawan kau. so fikir.

be happy for what your friends have achieved. susah ke?

sorry la, kalau ada sesiapa yang terasa dengan apa yang umi cakap kali ni, tapi ini apa yang umi rasa. honestly, sayang takkan bermakna kalau kau sakitkan hati orang tu.

berterus terang takkan bermakna kalau akhirnya nanti, bergaduh. cukuplah dengan peristiwa- peristiwa lampau yang dah buatkan hati perempuan ni hancur disebabkan seorang kawan yang baru dia kenali. janganlah nak baut fitnah lagi tentang aku. terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata dan perbuatan, boleh diundur? 

bersabar. sabar kunci terbaik buat masa ni. selepas tu, kunci tu akan dicampak sejauh- jauhnya. menangis bukan tanda seseorang tu lemah dengan dugaan yang menimpa, tapi mangga yang akan mengunci segala dugaan, tohmahan, supaya sentiasa tabah. mangga yang tertutup rapi akan memastikan seseorang tu sentiasa tabah kerana kunci asalnya tidak dijumpai..

kawan, aku tau kau tak bermaksud nak buat macam tu, tapi.. sampai bila? kalau kau tak fikir pasal diri kau pun, fikir hati dan perasaan kawan kau. dia pun manusia macam kau derr. fikir.

at last but not least, thanks tau. sorry sebab post yang sepatutnya pendek, dah jadi karangan taktau berapa patah prkataan. apa- apa pun, kau tetap akan jadi kawan aku sampai bila- bila. thanks sebab nasihat kau yang terlalu banyak tu. aku faham. kau nak yang terbaik untuk kawan kau kan? kau tak payah mintak maaf. sebab aku sentiasa maafkan kau, kawan.

lotsa love,
11:18 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad