2 Jan 2018

ATURAN ILAHI

Alhamdulillah, aku bersyukur atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan kepadaku selama ini.

Alhamdulillah, rezeki semakin bertambah. Rezeki yang tak pernah ku sangka-sangka. Kini, aku berbadan dua. Syukur. Baby dalam keadaan baik. Walaupun masih terlalu awal untuk ku hebahkan, tapi sungguh aku beryukur di atas kurniaan ini.

Aturan Ilahi, aku dapat tawaran untuk menduduki ujian kelayakan bagi kemasukan polis. Kelu dan keliru. Yang mana patut aku pilih. Kerjaya atau anak.

Selepas beberapa perbincangan, ayah memberi cadangan untuk aku fokus menjaga kesihatan diri dan anak dalam kandungan. “Tak apa la, ada rezeki lain tu nanti. Jaga kesihatan tu dulu. Kesian dekat anak”.

Baiklah. Ku akur dengan keputusan ini.  Dia tahu dan Dia-lah sebaik-baik perancang.

Semoga ada rezeki lain buat ku nanti.

Membesar dengan sihat, ya sayang?

Sumber: Google
P/s: Posting ini selepas tarikh ujian kelayakan.
00:14 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad