9 Feb 2017

REZEKI

Alhamdulillah, syukur kerana diberikan rezeki kesihatan, kewangan, keluarga dan bakal keluarga yang masing-masing memahami akan diri ini.

Konsep rezeki terlalu luas, Umi rasa tak perlulah kot Umi jelaskan satu-persatu konsep rezeki kan? Tapi hari ni Umi rasa terpanggil untuk menyuarakan apa yang tersirat dalam hati ni.

Situasi dan emosi yang dirasai oleh semua graduan lepasan U. Ramai yang terlepas pandang dan ada yang tak hiraukan perasaan kawan-kawan yang lain bila dorang start post tentang kerja.

Alah, tipu laa kalau kau yang baca artikel ni tak pernah rasa. Masa kau tengah belajar, tengok kawan-kawan sebaya dengan kau post dorg kerja itu ini. Kan? Kau mesti rasa rendah diri, self-esteem kau jatuh, kau takut. Kan kan?

Sekarang ni, turn kau pulak. Exam dah habis, balik rumah, mula fikirkan masa depan kau. Kau meronda satu bandar, hantar permohonan kerja. Seminggu, tiga minggu, sebulan. Semua permohonan masih menyepikan diri. Kau terus positif. Tunggu permohonan kerja kau diluluskan, ternanti-nantikan panggilan temu duga. Dan alhamdulillah, kau berjaya. Di saat hari temu duga, dup-dap dup-dap... Jawab setiap soalan yang dikemukakan. Kau balik, tunggu lagi. Berdoa agar temu duga kau berjaya, dan diterima bekerja. Alhamdulillah, akhirnya kau berkerjaya. Biarpun kerja yang 'cikai'. Asalkan kerja kan? 

Umi faham perasaan tu.

Tapi, keterujaan kau sebenarnya dah melukakan hati kawan-kawan kau yang lain. "Alhamdulillah, kini tidak lagi menanam anggur", "Alhamdulillah, i love my work", bla bla bla. Bagi kau, itu hanya satu perkongsian yang takde kena mengena dengan hidup orang lain, satu cabaran buat kawan-kawan kau, atau satu kenangan yang kononnya inilah hasilnya selepas tanaman anggur kau gemuk-gemuk.

Itu kau. Mereka yang melihat dan membaca post tu?

Mungkin kau akan kata, siapa suruh memilih kerja. Betul tak? Tapi, iyeke dorang tu memilih kerja? Kau tau ke situasi dorang? 

"Ada aku kisah?"

Amboi.

Kau ada nampak tak orang yang dah berpuluh-puluh tahun kerja tu post macam kau post? 😏



09:45 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad