24 Sept 2016

FAMILY VISITS IN PAHANG.

Assalamualaikum,

Tajuk entry kali ni yang kononnya hot meletup kebaboom seiring pengalaman umi kali ni. Pada hujung minggu lepas, umi sekeluarga merantau nun jauh ke Pahang Darul Makmur. Bagi umi, ni kali kedua lah menjejakkan kaki ke negeri yang makmur dengan pelbagai spesis flora dan fauna. 

First time dulu masa umi jadi sukarelawan banjir dekat Temerloh. Tapi tu dalam misi lah. Bukan makan angin. Haaaa, ni lain sikit.

Kami ke Taman Negara, Kuala Tahan. 


Perancangan awal nak duduk tepi sungai ni je menikmati keindahan alam sambil menyaksikan ketenangan saliran air (walaupun hakikatnya panas terik). 


Bila bertanyakan quotation harga untuk melintasi sungai dengan bot dn sebagainya, terus tukar plan (kemain semua orang terus excited). Teringat pulak memori naik bot dekat Sarawak 2 tahun lepas. 




Dengan hanya RM1.00 seorang, korang boleh la menyeberangi sungai untuk ke Taman Negara. Murah sangat tau. Kami tak ke Taman Negara, tapi kami pusing pusing sungai je sebab embah (nenek) tak larat nak jalan, itupun dia duduk je kat tempat duduk. Abang tu kata, kalau nak pusing-pusing sungai dia bagi harga RM50 satu bot. Satu bot tu, 9 orang boleh naik. Memang ngam-ngam la dengan bilangan team kitorang (cewah, kemain buat team terus. Tangan ke bahu). 


Seronok tau, korang boleh tengok kehijauan - keindahan - ketenangan alam semula jadi dari atas bot. Jangan lupa pergi ya? 
22:47 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad