31 Jan 2015

Misi Sukarelawan Banjir di Pahang

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik dah nak hampir sebulan dah bencana banjir dekat pantai timur negara kita ni kan? Baru-baru ni pulak, Sabah dan Sarawak turut mengalami bencana yang sama.

Sedih rasanya bila tengok kemusnahan yang mereka alami. Lagi tersentuh hati ni bila dapat peluang rasa, tengok dengan mata kepala sendiri kesan banjir tu.

15.1.2015- Dari USM ke UMP Pahang

Setibanya kami di UMP Gambang, subuh masa tu tau. Dengan mata yang tak larat nak bukak, jalan terhuyung hayang turun bas dengar taklimat. Solat subuh, sarapan, kami terus ditugaskan untuk ke lokasi kejadian banjir.

Maka bermula lah tugas kami sebagai sukarelawan banjir di pahang.

16.1.2015- Lokasi pertama di Kg. Chenor, Maran.

Terkedu bila masuk kampung tu nampak kesan lumpur dekat pokok-pokok di sekeliling jalan. Ya Allah, tinggi sangat. Sawah padi rosak. Tanaman musnah. Rumah apatah lagi. Sunyi je. Hari pertama kami ditugaskan untuk mencuci rumah. Sampai ke petang la jugak.



17.1.2015- Lokasi kedua di Maran

Tempat yang sama, namun hari dan kawasan yang berbeza. Hari ni kumpulan kami berpecah dek kerana kami perlu bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan dari ipta yang lain. Kumpulan umi ditugaskan untuk bersihkan sekitar masjid. 


Nampak macam mudah kan? Tapi sebenarnya tak. Kitorang kena redah selut lumpur. Stor masjid tu diamanahkan kepada kami untuk dibersihkan. Banyak sangat naskhah al-quran yang rosak sebab banjir. Stor tu dilitupi lumpur dari lantai bersimen sampaila ke bumbung. 

So here we are. Umi dengan empat orang lagi kawan lelaki handle stor. Yang lain cuci barang barang dekat kawasan masjid. Alhamdulillah, semuanya siap dalam pukul 4 petang. 

Oh ye, kami turut dibantu kumpulan sukarelawan mana ye dah tak ingat dah. Drive apa tah. Soorry. Kumpulan sukarelawan al-hijrah pun ada jugak masa ni. Dorang agihkan makanan kepada mangsa banjir.


Taraaaa, ni la kumpulan masjid :) Balik tu, umi terus cirit birit. Nasib baik perut ni tak meragam dalam bas. Kalau tak, jenuh asyik kena berhenti je membuang. Selamat jugak sampai USM keesokan harinya. Tiga hari tau cirit birit. Nasib baik tak dehidrasi.

Umi rasa dalam banyak-banyak pengalaman, pengalaman ni yang paling bermakna dalam hidup umi. Kalau orang selalu tanya, apa yang negara dah bagi dekat kita, bagi umi mudah. Negara kita dah berikan beribu manfaat kepada kita, sebaliknya apa yang telah kita manfaatkan kepada negara?

Umi akan sentiasa ingat ungkapan "Kamulah wira-wira tidak didendang yang dikatakan" dalam kehidupan seharian umi dan semoga kalian semua tabah untuk hadapi hari-hari yang mendatang.

Terima kasih Allah di atas pengalaman ini.

14:23 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad