7 May 2013

throwback: We were a TEAM!

Assalamualaikum.


Tengok video ni, teringat zaman muda mudi dulu. Haha. Uhhh rindunya nak main angklung. Rindu nak berebut angklung, kongsi not dengan member-member, kena marah sebab tak masuk not. Macam-macam la.

Dulu, masa first time masuk koko angklung kat MGS Ipoh, i was like "menatang ape ni? acane nak main? not tu ape? ape funtion not? simbol-simbol ape ni?"

Tapi bila dah start main, wahh it's kinda interesting. Dia ajar kita supaya stay focus. 

Teringat lagi, dulu masa newbie pernah kena marah dengan senior. Act, dia tak marah pun cuma dia macam strict. Yela pengerusi kan. hehe. Tengah syok-syok main, then dia suruh rehat. Oke fine, apa lagi. Longgarkan la segala sendi dan urat. potpetpotpetpotpet. Tiba-tiba, dia panggil ke depan lepastu suruh main. Depan semua pulak tu. Alamaakk! matilah akuu. Dengan muka limaposen nya, main la kan. Bunyi dia berketul-ketul sebab tangan keras. Hahaha. Dia suruh main lagi, berulang-ulang. *apa la lembap sangat aku ni. Benda ni bukannya susah mana pun (marah diri sendiri) . Yang umi ni tah kenapa mengada sangat kan boleh tersentuh pulak hati ni. Haha. Da lepas kakak tu rasa bunyi tak berketul-ketul, dia suruh umi duduk balik. Rasanya kakak tu suruh umi duduk balik sebab nampak muka umi macam nak nangis kot, hehe. Umi pun jalan la pergi tempat duduk umi balik. Tapi umi tak duduk, umi keluar. Menangis dalam toilet. Hahaha. Eeee malunyaa. Ciwek betul!

Err, dah la. Tutup cerita yang memalukan tu.

Yang ni pulak masa ada event. Hehe. Seronook sangat bila ada event dekat sekolah. Hari Guru, Hari Perlantikan, semua hari-hari yang ada dekat sekolah tu la. Masa tu, pagi pagi lagi dah berkumpul dengan muka eksaited ditambahkan lagi dengan seri make-up berlatih dengan gigihnya supaya semua berjalan lancar. Ewaah. Kemain lagi semangat tau uolls. Kalah retis.

Naik atas pentas dengan muka bangga. Keluarkan not, tarik nafas, angkat tangan dengan angklung, tunggu arahan dan maiinnnnn. Bunyi angklung diiringi tepukan gamat daripada penonton. Wahhhh, semangat!

Last memory main angklung masa buat persembahan dekat SMK Seri Ampang. Masa tu MGS bergabung bersatu tenaga di Hari Koko sekolah tu. Best! dapat kawan baru. hee.

Oh ya, lepas event dekat sekolah tu dorang datang MGS pulak buat kunjungan balas and MGSsian buat persembahan depan dorang. 

Ahhh, what a memory. 

Rindunya, bila pindah sekolah dah takde angklung, dah takde semua not. Dan sekarang, takde lagi zaman sekolah.

Ermm.

Andai diberi kesempatan untuk main balik angklung tu.
22:02 / by / 2 Comments

2 comments:

Nelly Strange said...

syoknya !!! puas la jenjalan dia . hehehehe

umishahirah. said...

Syookk! hehe rasa macam nak jalan jalan dengan family je setiap hari. Tu pun kalau bole :(

Post Top Ad