2 Mar 2013

Warisan Darah Perwira

Assalamualaikum,

Semalam, macam yang semua tau dua orang pejuang negara terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu. Suasana pilu menyelubungi semua penduduk di Kem PGA, Ulu Kinta.

Balik balik rumah je, mak dah jerit jerit "along along! cepat cepat tengok ni pakcik megat (Kpl Sabarudin Daud) meninggal!"

Aku pulak, "haaa?"

Ya Allah, إنّا لله وإنّا إليه راجعون .

Terbayang-bayang muka arwah dan ahli keluarganya sekali.

Sedih, teringat pernah beraya kat sg.besar sama-sama. aduhaaii. 

Dugaan daripada Ilahi.


Ayah dah mula packing barang. Malam berkumpul adik beradik, ayah bagi nasihat. Ayah cakap,

"Seandainya khidmat ayah diperlukan, redhakan ayah pergi. Terima ini tanggungjawab ayah, kerja ayah. Kalau ayah tak balik, jangan meraung, jangan menangis, jangan apa-apa, redhakan ayah. Ayah nak sambung perjuangan kawan-kawan ayah yang terkorban tu. Ayah bila dengar macam ni, ayah rasa panas. Ayah minta maaf kalau ayah ada buat salah, marah ke pukul ke, ayah buat demi kebaikan semua, peringatan semua"

Ayah bagi nasihat lagi.

"along (aku), wan, adam, jaga mak, jaga adik. Along ingat, kamu perempuan. Jaga empat benda : solat, puasa, faraj, dengar cakap suami".



Ayah, andai benar khidmat ayah diperlukan di sana pergilah. Kami di sini akan sentiasa mendoakan keselamatan ayah nanti. Kami redha dengan semua ni. 


Seandainya tidak, kita doakan keselamatan sahabat-sahabat ayah di sana sama-sama. Doakan senjata umat Islam. InsyaAllah, segalanya akan pulih seperti sediakala.

Terasa sangat bila jadi dekat negara sendiri, kawan-kawan ayah terkorban, kawan-kawan adik kehilangan ayah, budak kecil yang tak faham apa yang terjadi.

Lagi terasa bila ayah sendiri salah seorang daripada Vat 69.

ayah (berbaju celoreng hijau)  ikut serta solat jenazah di sungai besar. 

Al-Fatihah kepada para pejuang yang terkorban. Meninggal pada hari jumaat, terlepas seksaan kubur, meninggal berjuang demi negara, mati syahid. Masha Allah. Semoga berada di kalangan para syahidin.

Warisan Darah Perwira.

p/s: ayah dengan mak tak balik-balik lagi dari ziarah jenazah kat sg.besar :(
p/s lagi: jangan hanya RT, share, tweet, etc. Berdoa di bibir jugak. 
19:03 / by / 4 Comments

4 comments:

Siti Shaera Salleh said...

ya Allah , lagi sebak . semoga Allah lindungi ayah awk kalau ditakdirkan dia terpaksa ke sabah :'(

umishahirah. said...

Aamiin. terima kasih shaera :( sama-sama doakan para pejuang kat sana. InsyaAllah.

Mizz fletcher said...

assalamm,, terharu baca .. sunnguh mulia hati ayah awak untuk bersama-sama berjuang demi negara .. Doakan semua selamat . Doakan negeri saya sentiasa aman ya , semoga mereka pergi jauh dari negeri saya ..

umishahirah. said...

waalaikumsalam. dah menjadi tanggungjawab dia utk berjasa pulak dekat negara dia katanyaa. insyaAllah, terima kasih awak. kita sama-sama berdoa ye? insyaAllah, ngeri awak akan sentiasa aman dan makmur spti sedia kala.

Post Top Ad