18 Mar 2013

Debaran yang terungkap.

Assalamualaikum,
Dahulu aku pernah berputus asa. Berputus asa utk terus mendapatkan apa yg aku idam-idamkan. Itu dahulu, cerita SPM aku.

Aku terus merangkak dan merangkak dan mula untuk bertatih ibarat bayi demi menggapai semula cita-cita aku.

STPM.

Segala unak dan duri aku tempuhi. Err aku rasa mcm dah buat ayat sastera dah.
Aku gagal, aku jatuh. Aku menangis.

Dan kini, akhirnya segalanya telah terjawab. Penantian yg berakhir dengan sebuah kebahagiaan.
Hanya senyuman yg dpt diberikan dan jutaan terima kasih kepada pelita guru yg sentiasa menerangi hidupku.

Aku berjaya dapatkan keputusan yg bole membanggakan keluarga aku walaupun ianya tidaklah seberapa jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan mereka. Terima kasih mak, ayah krna sntiasa mendoakan along. Apa dan berapa? Hehe. Tekalah.

Alhamdulillah, aku menangis gembira hari ni.

Aku bersyukur kepada-Mu Ya Rabbi. Alhamdulillah kerana telah memakbulkan doa hambamu ini.
Terima kasih semua yg selalu berikan kata-kata semangat, terima kasih.

Kepada adik-adik brashian pra U, all the best! Korg pun bole :). Kak umi doakan korang berjaya.

Alhamdulillah.
19:17 / by / 2 Comments

Post Top Ad