20 Dec 2012

The New Chapter.


Assalamualaikum.

"Kadang-kadang kita tak dapat apa yang kita mahu, tapi kita akan dapat apa yang kta perlu."
Kadang-kadang, untuk dapatkan sesuatu, pasti akan ada cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi. Macam umi, dugaan untuk mendapatkan sebuah pekerjaan.

Masa mula-mula tu, err maksudnya sebelum umi habis exam lagi kan umi dah dapat satu kerja ni. tapi at last bila umi call balik, dah ada orang yang gantikan umi. Masa tu, ya Allah risaunyaa. Takpelah umi tak salahkan dia. orang kata first come first serve kan? soo, umi redha. hehe. Bukan rezeki lah kan namanya.

Then, umi try pulak cari kerja lain. Misalnya macam tadika. Owner tu kata, dia takde kerja untuk guru tadika sebab umi takde pengalaman, lagipun sekarang undang-undang pun dah ketat. Kena ikut piawaian kerajaan. Cuma guru taska tu adalah. Dalam umur umi yang dah 19 tahun ni, dia kata dia boleh bagi umi kerja tu. Dengan syarat, umi berminat dengan budak kecil. Dia bagi umi tempoh untuk berfikir. Dia reservekan untuk umi sebab permohonan-permohonan yang ada umurnya muda daripada umi. Owner tu risau nak bagi dorang. Umi nak terima kerja tu, tapi bila minta pendapat mak, mak kata mak risau dengan umi. Mak takut umi tak boleh sabar dengan karenah budak-budak sebab umi takde pengalaman jaga budak. Takut naik angin. hahaha. Mungkin bukan rezeki umi jugak kot kan nak jadi cikgu taska? Kalau mak tak restu, umi taknak. Takpelah.

Umi try pulak kerja-kerja lain. Malas la nak list kan. Umi mintak semuaaa. 

And pada suatu hari tu, umi dapat mesej dari coolblog. Pernah dengar kan pasal coolblog? haaa.

Umi di temuduga dan dipanggil untuk buat training selama tiga hari. Alhamdulillah.

Guess what? On the first day of training. i'm totally out. Blur at all. i know nothing. Tapi nasib baiklah ada yang sanggup membantu. Mereka baik, sporting. hikhik. Dari taktau nak bancuh bancuh sampailah pandai bancuh. Walaupun tak se-expert dorang. Dan yang paling umi tak percaya, umi diam seribu bahasa kat sana. Sepatah dorang tanya, sepatah lah umi jawab. Umi yang sebenarnya bukan seorang yang pendiam. Bukan bukan bukan

The next day, oke sikit. Sebab dah belajar kan. Tapi tak pandai lagi. Suara pun dah keluar sikit-sikit. Dah mula bersembang. Tak, sebenarnya tak bersembang pun. Cuma menjawab soalan, dan gelak  gelak je. hihi.

Haaaaa, yang hari ketiga pulak. Yang ni dah mula kecoh dah. Dah mula nak kepoh. POTPETPOTPET. Umi masih belajar dan terus diajar. Alhamdulillah. Everything goes smoothly. Mereka sangat membantu umi. Tak terasa asing pun kat sana.

Mungkin ini rezeki umi. Amin. Dan selepas ni, bermulalah the new chapter of my life. InsyaAllah, umi boleh. :)
23:31 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad