3 Nov 2012

The Memories Part 3


Assalamualaikum.

Dari lappy ke phone.

"Sayuu hatiiii sayu sekaliii..."

Lepas baca blog dia, air mata ni bertakung jee. Teringat peristiwa semalam. Sedih sangat mengenangkan adik-adik lower six yang aku rasa macam baruu je aku kenal.

Awal-awal dulu, masa dorang baru masuk.. biasalah. janggal je rasa. Lama-kelamaan? Hari-hari persekolahan semakin berwarna-warni.

Kekecohan, keriangan, ke-selamba-an dorang..

Banyaaak sangat kenangan pahit manis aku bersama dorang.

Aku akan rinduu saat-saat tu.

Di saat-saat akhir persekolahan,

Hampir dua minggu aku duduk bersama dorang, belajar bersama, bergosip, bergurau-senda, bergelak ketawaa..

Aku sengaja buat begitu. Aku duduk dari awal sampai loceng berbunyi dekat kelas dorang.

Sedih tahu bila semuanya bakal berakhir?

"Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, kak umi"
- Fatin.

Betul, aku tak nafikan semua tu.

Tahun lepas berpisah dengan kak aja, kak una..

Tahun ni?

Kesemuanya sekali.

Tahun terakhir aku bergelar 'pelajar sekolah' di sekolah tu setelah empat tahun aku di sana.

Semoga semuanya berakhir dengan kejayaan. Bukan untuk aku seorang, tapi kesemua para pelajar pra-universiti teknik brash 2011/2012 dan 2012/2013. Aamiin.

Selamat menghadapi peperiksaan STPM korang.

Harap-harap dapat jumpa korang lagi dekat sekolah dalam tempoh seminggu persekolahan ni.

Jangan asyik ingat Mr. Mart je ehh. Kak umi nii??

Nanti kan, mesti rindu cara korang mengajuk gaya kak umi tu. Rindu qiqi lipatkan tudung kak umi. haha

Sebelum ke SMK Anderson.

 
 

P/s: Best of Luck to all of the SPM and STPM candidates.;)

Sent from Samsung Mobile
09:43 / by / 4 Comments

4 comments:

ANGGURHIJAU said...

best nyer...
sedih baca entry umi ni,.. Setiap pertemuan mesti ada perpisahaan.
Umi good luck STPM :)

One Heart said...

hehehe. kak umi,jangan sesedih la :D

umishahirah's said...

kehidupan tak semestinya dipenuhi dengan kebahagiaan kan kak una? :( terima kasih. doakan umi berjaya..

umishahirah's said...

uhh soo sadddd :'(

Post Top Ad