9 Nov 2012

Erti Perpisahan,


Assalamualaikum.

Kelopak mata kiri ni asyik kedip kedip tak berhenti je tau. Orang kata, itu petanda kita nak menangis. Ye ke? Entah.

Wallahu'alam.

Aku tak tahu kenapa lately aku selalu je cerita kisah sedih. Dah memang aku sedang melaluinya. Tapi takda la seteruk umat Islam kat negara bergolak tu. Mereka lagi sedih.

Kehilangan harta benda, kasih sayang. Dan mungkin tak dapat langsung merasa kasih sayang daripada orang yang tersayang.

Tapi, mereka tabah. Mereka kuat.

Teruskan jugak hidup.

Aku bangga sangat.

Kalau nak dibandingkan dengan aku, aku sememangnya insan yang bertuah. Cuma, aku hanya diberikan sebuah dugaan yang begitu kecil.

Perpisahan demi perpisahan aku lalui.

Aku hampir menamatkan sesi persekolahan aku.

Bakal.

Dan tepat jam 4 petang pada hari Rabu 12 Disember 2012 nanti, maka berakhirlah segalanya.

Selamat tinggal.

Tidak cukup dengan itu, aku dikejutkan pula dengan berita kematian.

Bekas rakan sekelasku meninggal dunia pagi tadi.

Dua dari kiri di barisan tengah.

Arwah, Mohd Khir Syafiq bin Khir Sabir meninggal dunia akibat kemalangan pagi tadi.

Tak dapat nak digambarkan perasaan aku ketika itu.

Perasaan yang bercampur-baur.

"Daripada-Nya kita datang, dan kepada-Nya kita kembali"
 Sedih yang teramat.

Dua cerita dalam satu hari.

Dan yang pastinya, perpisahan mengajar aku erti tabah.

p/s: jaga diri adik-adik lower six. Doakan kami berjaya.
18:05 / by / 2 Comments

2 comments:

One Heart said...

InsyaAllah kak umi. Semoga berjaya :)

umishahirah's said...

insyaAllah. thanks qiqi :)

Post Top Ad