5 Aug 2012

Kecil-kecil cili api.


Assalamualaikum.

Pagi tadi kan kan kitorang dah jalankan ops bersih tau dekat rumah. Masing-masing dah ada tugas. Mak buat kat dalam rumah, umi dengan adam buat dekat luar rumah. Adik pun tak terkecuali. Tugasnya, meriuhkan suasana. Memang itu je kerja dia. Itu je yang mampu dia buat, sesuai dengan usianya yang baru nak mencecah 3 tahun. hahaha.

Pada suatu hari, eh hari yang sama. Pada suatu ketika, adik menjerit dari arah belakang.

"Alooooooooooooonggggg!"

Punyalah terkejut kitorang yang dekat luar ni.

"Adik kenapaa?"

"Niii tengok nii" sambil menuding jari ke arah sesuatu.

"Manaaa?" aku tercari-cari apa yang dicakapkannya.

"Niiiii ulat niiii"

"Manaaa? tu tahi cicaaaak. Bukannya ulaaaat." aku menjawab.

"Kahkahkahkah" semua yang berada di rumah tergelak berdekah-dekah.

Tahi cicak dikatanya ulat. Suara ibarat petir, bercakap bukan main lagi kencang. Tapi? takutkan taik cicak. Hahaha.

Memperkenalkan, adik. :)

Well well well, i love Muhammad Faiq forever! <3

15:19 / by / 2 Comments

2 comments:

eyjalukman said...

amboi , jauh bonar tahi cicak kata ulat . hahah best bila gotong royong rmai2 dgn family. hehe

umishahirah. said...

haha itu lah pasal. terkejut rasanya. entah apa yg difikirkan pun taktau. meeemang best. tambah tambah bila ada si kecik ni. heee

Post Top Ad