28 Jun 2012

Tolong fahami aku!


Pada suatu hari, aku ketakutan. Aku dihantui oleh anynomous yang aku sendiri tidak mengenali dirinya. Mestilah tidak. Kalau tidak, masakan aku menggelarnya 'anynomous'. Asal-usul dan namanya sendiri ku tidak pasti. Maka pabila wujudnya panggilan yang sengaja tidak dijawab dan mesej daripada anynomous dalam telefon bimbitku, aku menjadi takut. Mungkin bagi mereka yang membaca ceritaku ini menganggap ianya perkara biasa, namun bagiku ianya adalah tidak normal. Aku lebih senang dengan diri aku sekarang. Aku lebih senang apabila aku tidak dikenali dan tidak diganggu oleh sesiapa pun yang aku tidak kenali. Tolong jangan katakan aku sombong, tidak. Aku tidak sombong. Aku hanya inginkan kehidupan yang santai dan relaks. Tidak dihantui oleh manusia-manusia yang sering mempertikaikan itu dan ini ataupun membandingkan itu dan ini. Aku hanyalah insan biasa. Maksud aku di sini adalah aku ingin menjadi aku, dan bukan menjadi orang lain. Dengan erti kata lain, hipokrit. Aku tidak mengatakan bahawa aku seolah-olah berlagak diva ataupun popular.. Tapi cubalah mengerti maksud ku ini. Aku tidak suka diriku diganggu. Aku tidak suka menimbulkan syak wasangka orang lain. Mengerti bukan? Di dalam kes ini, aku tidak mahu diganggu oleh orang yang aku sendiri tidak kenal. Perempuan mana yang suka diganggu oleh orang lain. Tambah-tambah orang tersebut adalah jantina yang bertentangan dengannya. Sudah aku nyatakan hatiku sudah dimiliki. Hentikanlah. Ya, kau hanya ingin berkawan denganku, seperti rakan-rakan yang lain sebagaimana kau katakan pada pemilik hati aku, tapi tahukah engkau yang perbuatan kau boleh melukakan hati seseorang? Seseorang yang memiliki hati aku ini. Aku tidak sanggup melihat sekeping hati hancur kerana perbuatan kau. Cukuplah kau telah menaikkan darahnya di saat kau melontarkan kata-kata kau yang... Kerana kau, dia terpaksa mengorbankan masa rehatnya demi menjaga keselamatan aku dan kerana kau jugaklah dia terpaksa melakukan segala-galanya termasuk menyiasat siapa kau, dari mana kau muncul  dan sebagainya supaya aku tidak berasa gusar. Supaya aku tidak lagi berasa takut untuk keluar ke sekolah. Tapi kau? Kau hanya mementingkan diri kau sendiri, mementingkan nafsu kau. Sungguh, biarpun aku tidak mengenali siapa kau yang sebenarnya walaupun aku sudah tahu wajah kau, aku tidak mahu berkawan dengan kau. Sungguh! Kau telah menakutkan aku. KAU MENAKUTKAN AKU dengan cara kau. Bagaimana? Melalui perwatakan kau dan cara kau berkomunikasi dengan pemilik hati aku. Aku membacanya sendiri segala apa yang kau lontarkan kepadanya. Aku hanya ingin meminta pertolongan kau, janganlah rosakkan hubungan kami. Aku sangat sayang akan perhubungan kami ini.

Wahai pemilik hati,

Terima kasih kerana sanggup berkorban demi keselamatan ku ini. Terima kasih kerana menjaga ku. Biar siapa atau apa pun yang datang, akan ku kuatkan hati ini kerana cintamu. Aku hanya cintakan kau seorang dan tidak ada sesiapa yang mampu merampas hatiku ini daripada kamu. Selamanya, wahai satu-satunya pemilik hati :).

Di saat aku ketakutan,
Taktala aku memerlukan seseorang
Untuk ku luahkan isi hatiku,
Dia pasti ada di sampingku,
Menemani ku,
Malah,
Memberikan kata-kata semangat kepadaku.
Agar aku mampu untuk tersenyum kembali.

Dia adalah orang yang amat aku sayangi.


Ya Allah,

Lindungilah hambamu ini, restuilah dan berikanlah kebahagiaan kepada hubungan kami. Sesungguhnya aku ingin menjadi pelengkap tulang rusuk kirinya di dunia dan juga di akhirat.

AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.
16:38 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad