25 Jun 2012

Sabar.


Assalamualaikum.

Manusia memang takkan pernah puas hati kan dengan apa yang orang lain ada? Misalnya, orang tu ada kelebihan sikit mesti nak ditarahnya. Tarah? err hehe. Oke itu mukadimah. 

Kita memang tak dapat nak puaskan hati semua orang kan? Kadang-kadang kita dah buat sehabis baik, tapi di mata orang lain kita masih lagi yang buruk, yang hodoh, yang tak berperikemanusiaan dan sewaktu yang dengannya. Bagi mereka, segala sifat mazmumah ada dalam diri kita ni even though dari hari ke hari kita cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik. Kan? Dan kenapa awak awak awak di luar sana yang suka mencari salah orang lain?



Manusia sering membuat khilaf. Aku akui, aku pun begitu. Pernah tak korang rasa macam down gila sebelum/selepas korang buat something yang korang tak berniat jahat pun. For example, kau tengah nak study ni. Memang betul-betul nak study ni. Yela, bila dah timbul kesedaran dalam diri yang kau tu nak periksa kan. Kau dah bukak buku, pegang pen, dah bersedia untuk study. Tengah khusyuk khusyuk ni tiba-tiba ada suara "cewaaaah studyyy, Untunglah jadi budak pandai. Belajar la sorang-sorang". takpun ada yang cakap "tak ajak punn. Pandai lah sorang-sorang". Apa perasaan masa tu? Kalau aku, rasa macam nak meradang je. Bila diajak, patratuspulohjuta alasan. Bila tak ajak, terjadilah segalanya.

Lagi satu, bila kau lepak dengan member lama kau kan. Member kau tu up sikit la dari segala aspek. Niat kau cuma nak spend time bersama je. Tak terfikir lebih. Dan kau ni pulak macam ala kadar je kan. Yela nak dibandingkan dengan kawan kau tu ibarat langit dan bumi. Kau sedar, tapi di sebabkan kau nak jumpa, nak nak lepaskan rindu, kau tepis segala negative thinking dan kau pergi. Kau tidur dengan member-member kau. Bahagia rasanya kau masa tu. Lepas habis cuti, masuk kelas. "ceeeeee jadi budak tettttttttttt (dirahsiakan)" Ya Allah, tak dapat digambarkan perasaan masa tu. Sabar. Diam. Mereka pun diam.

Lamaaaa lepastu, mereka mula balik. Mereka kutuk kau dengan apa yang kau telah buat masa kau dengan kawan-kawan kau. "yelaaa dah ada member tettt mana nak kawan dengan kita" Dapat bayangkan tak? Oke KAU MALAS NAK CAKAP BANYAK. Kau cuma cakap "apa korang ni, aku tak cakap pape pun kan?" Dorang diam. Lamaaa sikit, dorang tanya member kau tu sape apa semua dan memberikan ulasan "tak payah jumpa pun takpa" Sekali lagi hati terguris. Sabar lagi. Mereka hanya bergurau. Kau cuba sedaya upaya menenangkan hati kau, memujuk diri kau sendiri. Mereka? Langsung tidak tahu apa yang mereka sedang sampaikan. Mereka tidak tahu menilai sama ada apa yang mereka cakapkan tu boleh mengguris hati orang lain ataupun tidak. Mungkin itu lah kot perbezaan daya pemikiran rakan lain jantina ni. 

Kau yang menjadi mangsa hanya mendiamkan diri, dan memberikan hanya SATU jawapan. Telinga dipekakkan, mata dikuncikan ke screen lappy, tangan gigih menaip dengan harapan dapat satu semangat baru.

Sabar.

Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas… [Az-Zumar (39) : 10]

15:48 / by / 2 Comments

2 comments:

coffeepinkee said...

pedulikan diorang, yang penting ko bahagia =)

umishahirah's said...

hukk.. aku akan, arin. Mereka dugaan aku

Post Top Ad