18 Nov 2011

last day of 2011.


pepagi bute dah bangun. empat pagi oke empat empat. bukan lima bukan enam. ahaaih seriously, memang tak dapat tidur lena lah malam tadi. perasaan bercampur baur. adoiyaii.. pejam celik pejam celik dah hari terakhir untuk tahun 2011. hari terakhir untuk ke sekolah bagi tahun ni, tapi err tahun depan ade lagi lah oke STPM kott. ha hari ni hari terakhir untuk bersama dengan kak una dengan kak aja.  dengan semua upper six SMTI. ya Allah, sekejap sangat rasanya. lepas breakfast, tolong angkat barang ain and farina ( our junior ).  fuhh terasa macam diorang nak pindah je. dalam hati ni " tengahari satgi kang barang aku pulak.. sebaknyeee".

tau tak, hari ni memang umi buat kepala hahaha. jahat gila. dengan tak masuk assembly- nye, haha sesuka hati je buat peraturan sendiri. takde mood langsung kot pagi ni. tersangat sangat la sedih rasanya. tak dapat nak dibendung lagi dah tau takk. ha. lepas gotong royong bersihkan kelas, aktiviti lepak  pun berleluasa. lepak bersama- sama upper six. tengok diorang study, duduk diam diam tengok muka diorang, snapping photos, etc.  yela bila lagi dapat macam ni kan :'( 

tik tok tik tok...

lima belas minit, setengah jam, satu jam, satu jam setengah, dua jam pun berlalu..

perasaan semakin memuncak. gila laaa. semua orang dah mula start takung air dalam mata. saat yang ditunggu- tunggu. semua pakat salam salam. tapi salam kali ni lain kot, yang terakhir. lepas ni, upper six dah jadi mahasiswa mahasiswi kat U tu ha. sambung degree. waahhh tak sabar rasenye nk jadi salah seorang drpdanya cewahhh over pulok >. < oke sambung balik. kat mane ye tadi, ha nasihat demi nasihat diterima haha ayat sastera tuuu.. 

tipu la kalo cakap setitis air mata pun tak keluar huuu :'( kenangan manis pahit, segala gelak tawa, kite nangis sama sama. mesti susah nak lupa. lain kot kenangan sekolah rendah, sekolah menengah. masuk lower six semuanya dah berubah. fikiran jadi matang arghhhh! sedihnyeeee~ 

thanks semua upper six, thanks a lot,, thanks for making my day brighter and even glower. halalkan makan minum umi, halalkan pape yang terkurang terlebih ye. korang SUPERB! i'm gonna miss all of you seriously.

thanks for those yang bagi umi hadiah tu oke. umi hargai semua tu ^ ^.

* photos upload nanti la ye. sedih ni. isk isk iskkkk

enough said. take care guys.




18:46 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad